Sahabat Sejati

Monday 15 January 2018

Alhamdulillah, tiba jua masanya..


Alhamdulillah, thumma innal hamdalillah. 

Di usia 13 tahun, akhirnya 'sikecil Haikal yang istimewa' mampu menulis namanya sendiri, kendati sekadar meniru daripada tag nama. Boleh jadi dia sendiri tidak mengerti apa yang ditulisnya itu adalah namanya. Tidak mengapa. Jika itu kemampuannya setakat ini, sepenuh tangan saya merafa` kesyukuran. Sekurang-kurangnya ada peningkatan pada kualiti hidupnya. 

Mungkin bagi sesetengah orang ia suatu yang biasa, tiada apa-apa pun untuk dibanggakan. Namun, bagi saya dan ummu Ikhwan yang membesarkannya, melihat perkembangan hidupnya di depan mata, dengan kesabaran tanpa rasa capek. Justeru, ini satu kegembiraan seharusnya diraikan.    
 
Demikianlah ia termasuk di antara nikmat Ilahi yang seharusnya disyukuri. 

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu..." (Ibrahim: 7)

3 comments:

Nor Azimah Ali said...

Salam buat ustaz Dan keluarga.
Ye, sudah tentu bagi Kita yg nembesarkan, sudah mestinya merasa gembira dan besar hati melihat perkembangan positif anak biarpun Kecil pd mata org lain.
Semoga Haikal terus berusaha.

paridah said...

Assalam moga sht sjhtra sekeluarga...Alhamdulillah perubahan positif Haiqal sgt memberangsangkan. Allah mengurniakan pada tika yg tepat hnya kita merasakannya lambat

Normala Saad said...

Salam Abu. Tahniah buat Haikal...tumpang gembira. Rasa sedih pun ada...tersentuh. Cantik juga tulisan dia...

Post a Comment