Sahabat Sejati

Thursday, 11 May 2017

Menikmati gurindam 'Munajat Seorang Hamba'

Syahdu, menggentarkan perasaan...

Terasa diri bagaikan lebur dalam keindahan bait-bait kata yang tersusun. Dialun bersama melodi menjadi gurindam. Gemersik suara menyentuh lubuk hati.

Titis-titis jernih bergenang, antara keinsafan, keasyikkan dan kenangan lalu. Atau mungkin jua kerana dosa-dosa semalam. ..

Kerdilnya diri hamba tatkala memohon belas ihsan, disebalik keagungan dan kebesaran Tuhan. Tenggelam timbul sifat kehambaan, moga terenjis jua sekelumit rahmat dan keampunan-Nya.

Gambaran kehambaan diungkap dengan penuh kerendahan. Munajat seorang hamba kepada `Kekasih` yang abadi. Rintihan kerinduan, keampunan dipohonkan, harapan didambakan. Moga-moga lahir kecintaan. 

Ya, moga lahir kecintaan... kerana cinta Mu Tuhan tidak mengecewakan.

##sedang menikmati gurindam 'Munajat Seorang Hamba' oleh Rabbani. Al-Fatihah buat Allahyarham Ust Asri Ibrahim, moga dilimpahi rahmat dan keampunan-Nya.

1 comments:

saniah ibrahim said...

Assalamualaikum ustaz
Walaupun ayat2 puitis tu akak kurang faham...namun akak mengerti kasihnya seorang hamba kepada pencipta Nya diabadikan dalam gurindam.

Post a Comment