Sahabat Sejati

Saturday, 8 April 2017

Genap 38 tahun..


Genap 38 tahun ayahanda meninggalkan kami semua
Dalam kelana ke negeri abadi
Biarpun telah kering air mata ini
Namun, kerinduan tidak pernah terpadam
Doa tidak pernah lupa kami panjatkan 

"Moga Allah SWT berkenan mengampuni segala dosa dan kesalahan ayahanda, serta menerima semua amal kebaikannya... aamiin."

7 comments:

Nor Azimah said...

Amin, aminn.

saniah ibrahim said...

Assalamualaikum ustaz
Kiranya ustaz ni jadi anak yatim sejak kanak2 lah ya?.Lama sudah arwah pergi keRahmatullah ..Akak kehilangan bapa baru 9 thn pun rindu teramat sangat.

Warisan Petani said...

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.
Aamiin.

webctfatimah said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, AbuIkhwan...

Aamiin Allahumma Aamiin. Semoga roh Allahyarham dimuliakan di sisi-NYA. Pemergian yang sangat jauh dan tidak kembali lagi pasti mengulit rindu yang tidak terperi. Kita nanti akan mengiringi jalan yang sama ke negeri abadi. Mudahan AbuIkhwan akan bertemu ayahanda di syurga firdausi. Aamiin. Dapat merasai sama kerinduan seorang anak kepada ayahnya. Jadi pilu hati ini.

Salam takzim dari Sarikei, Sarawak.

paridah said...

Amiin..assalam ustaz moga sht sjhtra dlm perlindungan Allah sekeluarga..yg telah mndahului kita melangkh ke sisi-Nya kekal dlm ingatan kita

abuikhwan said...

Salam akak, benar sejak kecil lagi. Ayahanda kembali ke rahmatullah ketika saya baru berusia 3 tahun... Tiada kenangan bersama ayahanda kerana masih kecil benar...moga dipertemukan di akhirat nanti

abuikhwan said...

Aamiinn ya Rabb

Post a Comment