Sahabat Sejati

Monday, 12 December 2016

Salam Maulid ar-Rasul 1438H/2016M


"Dan tidaklah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." (al-Anbiya' : 107)

Puji dan syukur ke hadrat Ilahi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw, serta kepada keluarga dan para sahabatnya.

Allah SWT dengan kasih sayang-Nya telah mengutuskan kepada manusia seorang Rasul sebagai pembimbing dan penunjuk jalan. Sesungguhnya pengutusan ini adalah sebesar-besar rahmat, yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliah kepada terangnya obor cahaya hidayah.

Imam al-Qurthubi menyatakan, yang dimaksudkan dengan ‘al-Alamin’ ialah seluruh kejadian selain Allah SWT. Ertinya semua makhluk samada manusia, haiwan, tumbuhan, semua benda termasuk dunia ini dan seisinya, mendapat rahmat dengan kelahiran Rasulullah saw.

Justeru, marilah kita sama-sama memperbanyakkan Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Rasulullah saw. Moga dengan kehadiran hari yang bersejarah ini akan meningkatkan lagi kecintaan dan kasih sayang kita kepadanya. Begitu juga, semoga kita sebagai umatnya sentiasa diberikan kesungguhan untuk mendalami dan menghayati sirahnya, dan seterusnya membuktikan kecintaan kepada Baginda saw dengan mengamalkan segala sunnahnya di dalam seluruh aspek kehidupan.


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulid ar-Rasul 1438H kepada semua sahabat yang budiman, khususnya pengunjung pondok kecil abuikhwan ini. Tiadalah yang lebih menggembirakan melainkan sokongan dan kunjungan sahabat ke sini serta dapat mencicip apa jua nasihat dan manfaat yang ada di dalamnya. Mudah-mudahan ia menjadi amal yang sentiasa mengalir ganjarannya. Bak kata sang murabbi, “Tulislah sesuatu yang sentiasa hidup walaupun engkau telah mati.” 

Walillahil-hamd..

3 comments:

Bunda_nora said...

AsSalam...Selamat menyambut Maulidul Rasul..

Tentang anai2 dari entri bunda tu memang betul kalu dibiarkan boleh runtuh sebuah rumah kayu..walaupun nampak jer kecil, tetapi makan dalam orang kata..

Nor Azimah said...

Allahumma solli ala saidina Muhammad..wa ala alaih..
Moga dengan selalu berselawat ke atas junjungan Mulia kita beroleh syafaat baginda di Sirat nnt. Sungguh tiada setinggi-tinggi barakah melainkan hanya pada Baginda.

paridah said...

Assalam ustaz moga dlm perlindungan Allah sekeluarga...salam maulidur rasul..perbanyakan selawat n salam keatas junjungan rasul yg mulia.

Post a Comment