Sahabat Sejati

Tuesday, 13 December 2016

Fikir-fikir: Anda tidak akan...


Anda tidak akan faham perasaan kasih ibu atau bapa kecuali bila anda sendiri telah menjadi ibu atau bapa.

Anda tidak akan mengerti hati seorang tua kecuali bila anda juga telah menginjak usia senja.

Anda tidak akan menyelami erti kesusahan dan kemiskinan kecuali jika anda pernah hidup susah dan miskin.

Anda tidak akan mengerti nikmat lapang masa kecuali jika anda mengalami saat-saat kesibukan.

Anda tidak akan mengerti harga kesihatan kecuali jika anda telah terlantar kesakitan di perbaringan.

Anda tidak akan mengerti nikmat kehidupan kecuali setelah anda menemui sang kematian. 

Fikir-fikir...

1 comments:

Normala Saad said...

Manusia sentiasa lupa...termasuk saya.

Post a Comment