Sahabat Sejati

Tuesday, 20 December 2016

DIA yang Maha Pemberi - update

Satu kisah... 

Seorang lelaki berangkat berjihad di jalan Allah, sementara dia meninggalkan isteri dan anak-anaknya. Beberapa wanita tetangganya yang lemah iman berkata kepada isteri lelaki tersebut: "Wahai ibu yang malang, apabila Allah mentakdirkan maut untuk suamimu dan menjadi syahid, maka siapakah yang akan menghidupi dan menjga anak-anakmu?" 

Wanita mukminah ini hanya menjawab perkatan mereka dengan keras, sepenuh iman dan keyakinan: "Aku hanya mengenal suamiku sebagai seorang yang hanya dapat makan. Aku tidak pernah mengenalnya sebagai yang menurunkan rezeki. Apabila orang yang hanya dapat makan itu telah mati, maka Yang Maha Pemberi rezeki akan tetap hidup." 

Dia yang Maha Pemberi 

Sesungguhnya kehidupan semua makhluk di langit dan bumi sangat bergantung kepada kurniaan Allah SWT. Tanpa kurniaan-Nya, makhluk yang terdiri daripada manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya mana mungkin dapat menjalani kehidupan ini. Jika kita hitung segala pemberian-Nya, pasti tidak akan terhitung kerana banyaknya dan luasnya pemberian itu. Seumpama samudera yang tidak bertepi, terlalu banyak. Walaupun kita cuba nisbahkan dengan seluruh isi kandungan alam semesta ini, pun tidak dapat menyamainya. 

Allah SWT berfirman: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya." (Ibrahim: 34) 

Justeru, manusia tidak sesekali boleh mendakwa atau mengatakan bahawa hidup di dunia ini adalah semata-mata kebijaksanaan dan usaha keras mereka. Jika ada yang berkata demikian, sesungguhnya dia telah terlupa bahawa kebijaksanaan juga adalah dari Allah SWT. Maka insaflah diri dengan bermuhasabah dengan mengingatkan diri..

"AKU TIDAK PUNYA APA-APA, SEMUANYA ADALAH KURNIAAN ALLAH SWT." 

Dengan kurniaan yang melimpah-ruah itu seharusnya membuatkan kita insaf dan kenal akan hakikat diri kita. Semuanya akan menjadikan kita semakin bertaqwa dan bersyukur kepada Allah SWT. Namun begitu, terdapat sesetengah manusia yang hanya melihat kepada nikmat ataupun kurniaan, tetapi mereka lupa kepada pemberi nikmat tersebut. Ini adalah sifat yang amat buruk. Seumpama kita menerima hadiah dari seseorang, dan kita amat bergembira, tetapi dalam masa yang sama kita tidak mempedulikan si pemberi tersebut sehinggakan ucapan terima kasih pun kita terlupa. Wajarkah begini? Tentu tidak bukan? 

Oleh itu, marilah kita mensyukuri nikmat rezeki yang tidak terhitung ini. Air, udara, cahaya matahari, anak-anak yang soleh, rumah tangga yang bahagia, hati yang tenteram dan sebagainya. Tidak mampu untuk dihitung banyaknya. Sesungguhnya Dia benar-benar Maha Pemberi! 

"Tanyakan kepada Bani Israel: "Berapa banyaknya tanda-tanda (kebenaran) yang nyata, yang telah Kami berikan kepada mereka. Dan barang siapa yang menukar nikmat Allah setelah datang nikmat itu kepadanya, maka sesungguhnya Allah sangat keras seksa-Nya." (al-Baqarah: 211)

Fikir-fikir!

4 comments:

Nor Azimah said...

Assalam, moga ustaz sekeluarga dlm rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa.
Begitulah lumrahnya, kita selalu lupa kpd Sang pemberi nikmat yang tidak terhitung itu kerana kebanyakan kita hanya nmpk nikmat yg diberi sahaja, sungguh kita ini hamba yg derhaka..
Nauzubillahiminzalik..

Kakzakie Purvit said...

Kisah cerita ini ada dalam buku cerita anak kakak dulu. Ada panjang lagi kisahnya yg sangat menarik utk kita renungkan. Betapa ada ketika syaitan menggoda kita sehingga lupa betapa limpahan rezeki Allah beri semua adalah atas rohman dan rohimnya. Kita ni tak ada apa pun sebenarnya seperti kata isteri tentera Islam yg pergi berjihad itu.

saniah ibrahim said...

Assalamualaikum ustaz...satu tazkirah yang menarik untuk renungan kita bersama atas nikmat2 yang diberi kan olehNya.

paridah said...

Assalam ustaz moga diberi Allah kesihatan yg baik sekeluarga...kita ni tiada apa selain nikmat yg bnyk diberi Allah kpd kita..moga kita drpd kalangan mrk yg bersyuukur.

Post a Comment