Sahabat Sejati

Saturday 26 November 2016

Aku mahu pulang (Rindu desa)


Berikan aku secangkir waktu, 
Untuk merenung dan bernostalgia semahunya,
Indah nian seraut wajah desa nan permai,
Yang telah membesarkan tulang-temulangku,
Yang telah mengkudratkan derap langkahku,
Yang telah kuhirup nafas udara semahunya.

Berikan aku sebuah kenangan lama,
Untuk memijak semula setiap denai yang pernah dilewati,
Yang kini telah diturap aspal hitam nan keras bergerutu,
Sehingga aku telah lupa ianya pernah menyentuh tapak kakiku,
Sedang tiap pelusuknya semakin berubah dihimpit arus masa.

Sungai Karang Darat, 
Desaku melambai,
Nostalgianya membelai.

abuikhwan
Sabtu, 26 Nov 2016/5.30ptg
Ruang tamu rumahku
#rindudesaku

4 comments:

paridah said...

Assalam dik ustaz..moga sht sjhtra sekeluarga...puisi indah menggamit kenangan lalu...sg.karang desa indah berpantai.

Warisan Petani said...

Pulanglah.....

Kakzakie Purvit said...

Biar berpintal waktu terus pergi
namun nostalgia tempat dilahirkan tetap terpahat di hati
Indahnya membuahkan senyuman kenangan
getirnya dijadikan sempadan
ada ketika buat kunjungan
menggamit segala yg ditinggalkan.

saniahibrahim said...

Assalamualaikum ustaz....Akak pun rindu desa ,malangnya takde siapa nak dikunjungi...

Post a Comment