Sahabat Sejati

Tuesday, 9 August 2016

Karnival Rakyat DUN Beserah (KERAH) 2016


Assalamualaikum warahmatullah.

Sepatutnya entri ini dikongsi pada minggu lepas sejurus berakhirnya program tersebut. Tetapi disebabkan beberapa urusan yang mengekang, ia tertangguh sehingga ke hari ini. Lama juga saya berfikir, perlu atau tidak saya berkongsi mengenainya. Yalah, sudah seminggu ia berlalu, bimbang jika ia sudah basi dan tidak relevan lagi. 

Namun, tatkala saya memikirkan semasaknya, terasa ada kewajaran juga untuk berkongsi mengenainya. Sekurang-kurangnya dapatlah juga sahabat-sahabat merasa tempias kemeriahan sambutannya. Mudah-mudahan begitu hendaknya. 

Seperti biasa persiapan untuk menjayakannya telah bermula dua bulan dahulu, iaitu sebelum masuknya bulan Ramadhan. Beberapa siri mesyuarat rasmi dan tidak rasmi (melalui aplikasi whatsapp) telah diadakan, dan saya turut terlibat sebagai urusetia. Kesibukan dan kepenatan sudah semestinya apabila menganjurkan program-program besar seperti ini. 

Bukan sekali dua mesyuarat yang diadakan termasuk mesyuarat di luar jangka atau dalam kata lain mensyuarat mengejut. Banyak perkara yang perlu dilumat dan dihadam agar ia dapat dilaksanakan mengikut perancangan semaksimum mungkin. Bukan tiada langsung masalah dan kesulitan, tetapi ianya dapat di atasi dengan sebaiknya. Sahabat-sahabat yang biasa menganjurkan atau pernah terlibat dengan program-program besar tentu tahu bagaimana.

Dipendekkan kisah, setelah selesai program maka melepeklah masing-masing dek kepenatan yang juga mencapai tahap maksimum. Bukan melepak ye! Apa pun, selain penat, kepuasan juga turut dirasai kerana dapat menceria dan menghiburkan setiap pengunjung yang hadir.

Beberapa perkongsian foto:





3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Betul nak mengatur satu-satu program yang melibatkan org ramai bukan mudah. Apa lagi banyak itinerary yg dicadangkan. Semua kena sama-sama pikul. Lepas majlis penat tapi puas hati...

saniah ibrahim said...

Takpelah walaupun penat tapi bila majlis dapat berjalan lancar tentu hadir satu kepuasan.

saniah ibrahim said...

Takpelah walaupun penat tapi bila majlis dapat berjalan lancar tentu hadir satu kepuasan.

Post a Comment