Sahabat Sejati

Thursday, 4 August 2016

Alhamdulillah, 19 tahun...


Alhamdulillah thumma innal hamdalillah. Sebaik-baik pujian adalah milik-Nya.

Hari ini telah pun menjangkau 19 tahun usia perkahwinan saya dan ummu Ikhwan. Kami menyambutnya dengan sujud dan syukur atas anugerah ini. Pantasnya masa bergulir, rasanya baru lagi saya mencoretkan angka ke 18 di pondok kecil abuikhwan ini. Pejam dan celik dalam hela nafas, hari ini angka tersebut telah berubah. Pastinya ia juga seiring dengan pertambahan usia kami setakah demi setakah.

Tiadalah yang dipanjatkan dalam doa tertinggi melainkan rumah tangga kami sentiasa di dalam kebaikan dan rahmat-Nya. Tersenyum saya mengingatkan perjalanan hidup kami berdua seawal lafaz "aku terima nikahnya" termeterai. Suka duka, pahit manis, arus dan gelombang yang telah diredah. Tidak mungkin sepanjang kehidupan manis sentiasa tanpa ada derita, dan tidak pula pahit sepanjang masa tanpa ada bahagia walau seketika. Bak kata seniman agung, allahyarham Tan Sri P. Ramlee, "sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri." Alhamdulillah, kami melalui semua itu, dan ia telah mematang dan mendewasakan.
    
Sesungguhnya perkahwinan adalah proses yang telah diambil perjanjian di dalamnya. Pada saat akad nikah, si suami telah mengikat perjanjian akan melaksanakan hak-hak isteri secara sempurna dan sungguh-sungguh. Melafaz kalimah keramat "aku terima nikahnya" bermaksud menerima seorang isteri dan apa yang ada padanya. Kebaikan, kelebihan, kelemahan, kekurangan, kejelekkan dan seribu satu macam yang ada padanya. Demikianlah amanah yang amat besar dari Allah SWT. 

Setiap kali saya mengharapkan isteri yang solehah, saya tahu sepuluh kali pula isteri mengharapkannya daripada saya. Malahan ia sentiasa tergalas di atas pundak yang dibawa kemana derap kaki melangkah. Allah jua tempat memohon pertolongan! 

Semoga pelayaran bahtera ini sentiasa tenang menongkah arus kehidupan. Amiinn.

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Barokallah...
Alhamdulillah 19 tahun bukan jangkawaktu yg pendik utk kita di dunia ini tapi terlalu pendik kalau mahu dibandingkan di 'sana' kelak. Semoga pelayaran kehidupan terus mendapat rahmatNya.

Tahniah kerana mampu menjadi pengemudi rumahtangga:)

Belanja apalah agaknya buat ummu Ikhwan hihi...

saniah ibrahim said...

Selamat ulangtahun perkahwinan ustaz...semoga kebahagiaan berkekalan hingga ke Jannah.Nampaknya lebih akak 10 tahun sebab bulan ni juga perkahwinan akak cicah angka ke 29.

saniah ibrahim said...

Selamat ulangtahun perkahwinan ustaz...semoga kebahagiaan berkekalan hingga ke Jannah.Nampaknya lebih akak 10 tahun sebab bulan ni juga perkahwinan akak cicah angka ke 29.

Normala Saad said...

Happy aniverssary..harap berkekalan keakhir hayat...

Post a Comment