Sahabat Sejati

Sunday, 15 May 2016

Sebelum lima perkara menjengah pula...


Sesungguhnya hati ini milik-Nya. Seringkali ia berbolak-balik, seringkali juga ia terumbang-ambing bak sampan dioleng ombak di tengah samudera. Adakala ia tandus dan kering apabila nafsu menyelubungi. Kadang-kadang ia selembut bayu bilamana iman dan akal menguasainya. 



 Hidayah juga milik-Nya. Disaat hati kita terpinga-pinga tidak keruan. Tiba-tiba terang benderang suluhan cahaya daripada-Nya. Ketika itu kenangan silam menjelma satu persatu. Dosa dan maksiat yang pernah umpama pakaian bagaikan terpampang di depan mata. Seandainya ditaqdirkan ketika ini malaikat maut merenggut nyawa, pasti ular, kala jengking dan ulat-ulat sedang menanti. 



 Apabila manusia berhati tulus, bersih maka ia tentu dicintai Allah SWT. Sebaliknya bilamana manusia memenuhkan dirinya dengan kesombongan serta melanggar batas-batas yang telah digariskan agama, maka ia akan menimbulkan kemurkaan Allah SWT. Lantas yang demikian itu akan menerbitkan titik-titik penyesalan di kemudian hari.

Firman-Nya:
“Dan sesungguhnya Kami jadikan isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami (petunjuk Allah) dengan hati itu…(al-A`raf: 179) 



Dengan rahmat-Nya kita masih diberikan masa. 

Ingat lima perkara sebelum lima perkara menjengah pula...

1 comments:

Normala Saad said...

Sentiasa beringat lima perkara ini tetapi bagai dikata hati ni sentiasa berbolak balik..sering alpa dan lalai...semoga dikuatkan iman dan ditetapkan hati

Post a Comment