Sahabat Sejati

Sunday 29 May 2016

KAU SEMBAH APA? Berdialog Dengan Non-Muslim


Tajuk : KAU SEMBAH APA? Berdialog Dengan Non-Muslim
Penulis : Ahmad Iqram Mohamed Nor
Penerbit : PTS Publishing House
Harga : SM 25.00 / SS 28.00
Muka Surat : 280
 
Buku ini mengisahkan tentang agama-agama di Malaysia, serta ulasan dan kritikan terhadap isu-isu sensitiviti antara agama yang wujud di negara ini. Sesungguhnya ia bukan perkara atau isu baharu untuk didialog dan dibahaskan, masing-masing akan menegakkan hujah untuk menyatakan bahawa agama merekalah yang terbaik untuk dianuti.

Apa yang berlaku dalam masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum masih wujud lagi individu yang beranggapan bahawa apabila mereka masuk Islam, bermakna mereka masuk Melayu. Ini menunjukkan bahawa masih ramai yang hanya kenal Melayu tetapi masih belum mengenali Islam dengan baik. Sebenarnya mereka harus mengenali Islam seperti mana kesungguhan mereka mengenali agama mereka. 

Kemunculan buku KAU SEMBAH APA? Berdialog Dengan Non-Muslim ini bagaikan sebuah subjek dalam fakulti Usuluddin mengajar mengenai perbandingan agama serta agama-agama yang ada di Malaysia yang dipegang oleh pelbagai kaum dan keturunan di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Buku ini memaparkan sembilan bab. Ia dimulai dengan penjelasan mengenai pengertian atau definisi agama yang dihubungkan dengan manusia. Agama yang diperakui Allah adalah Islam sahaja, kerana Islam adalah satu nama bagi agama buat umat Islam yang diperkenal dan diberi nama oleh Allah SWT seperti yang termaktub dalam al-Quran. Perkataan Islam disebut beberapa kali dalam al-Quran, antaranya ayat 19 surah Ali `Imran yang bermaksud: "Sesungguhnya satu-satu agama yang diperakui Allah adalah Islam." Islam yang diertikan sebagai penyelamat bagi manusia di dunia dan akhirat.

Bab kedua mengkisahkan mengenai peranan dakwah dengan sistematik bagi menarik lebih ramai lagi non-muslim untuk menerima Islam. Perkataan dakwah tidak ada bagi agama-agama selain Islam di Malaysia ini. Inilah keunikan Islam berbanding agama lain, kerana ia lengkap datangnya dari Allah Yang Maha Sempurna. 

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan"

2 comments:

paridah said...

ASSALAM...SEMOA USTAZ N FAMILI SHT SJHTERA.
INSYA ALLAH PERKONGSIAN BUKU YG BERMENAFAAT BAGI YG SUKA MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN...

Unknown said...

Salam 1 Malaysia!

Buku Kau Sembah Apa dan Yahudi, merupakan buku yang tidak bertetika kerana mencelarukan umat manusia. Baca dengan teliti dan faham bahawa penulis tidak beretika dan menghina agama lain. Anda bersalah!

Post a Comment