Sahabat Sejati

Thursday 5 May 2016

Doakan saudara-saudara kita!


SYRIA - Sejak Mac 2011, pergolakkan antara rakyat dan regim Bashar al-Assad di bumi Syria tidak pernah reda. Hingga kini dilaporkan ratusan ribu telah terkorban dan jutaan tercedera yang melibatkan semua peringkat umur dewasa mahupun kanak-kanak. Sementara itu, dilaporkan lebih setengah daripada 12 juta rakyatnya telah menjadi pelarian dalam Syria mahupun di negara- negara jiran seperti Turki, Jordan, Lubnan malah hingga ke benua Eropah. 

Serangan terbaru

Memetik sumber-sumber berita rasmi antarabangsa seperti Observer dan Al-Jazeera serangan udara sejak seminggu lalu oleh tentera regim dan Rusia mensasarkan masjid, sekolah, tempat-tempat pertahanan awam, pejabat-pejabat NGO, perkhidmatan ambulans dan malah beberapa hospital awam. 

Menurut Presiden Perbandaran Aleppo, Brita Hasan, dilaporkan setiap hari berlaku serangan kejam yang mengakibatkan ratusan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa. 

"Serangan minggu lalu telah mengakibatkan tidak kurang 347 orang terkorban termasuk 76 darinya kanak-kanak dan 38 wanita," katanya petik laporan Al-Jazeera. 

Jelasnya lagi, pihak tentera regim juga melakukan serangan dengan bom barel, serangan udara dan misil di banyak kawasan termasuklah di Hritan, Kaft Dael, Bab al-Haded dan kejiranan Kastelo, jalan menuju Aleppo. "Selama beberapa minggu yang lalu pihak regim dibantu oleh Rusia melakukan 907 serangan roket, 207 bom barrel, 36 cluster bom, 6 bom phosphorous dan 63 peluru berpandu jarak dekat. 

"Serangan-serangan tersebut mensasarkan 517 kawasan kediaman, 25 pasar rakyat, 6 pusat perubatan dan 39 kawasan orang awam," ujarnya. 

Sementara itu,serangan bom udara keatas beberapa pusat rawatan termasuk Hospital al- Quds di Aleppo pada 29 April lalu, telah mengorbankan Dr Muhammad Maaz, satu-satunya pakar kanak-kanak yang masih ada dan juga membunuh lebih 30 orang staf serta pesakit di Hospital yang dikendalikan oleh NGO Antarabangsa Doctors Without Border (MSF).  - Al-Jazeera.

Oleh itu,sebagai umat Islam dimana jua berada, fakta kerakusan regim Bashar dan sekutu-sekutunya yang telah meratah kehormatan saudara-saudara kita di Aleppo dengan pengeboman kejam wajib di kecam oleh seluruh masyarakat antarabangsa.

3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kita ni yg kerdil hanya mampu mendoakan AI. Tapi mereka yg masih kuasa utk bersuara sepatutnya buka mata dan minda mereka seluas-luasnya. Kekejaman dah terlalu rakus meratah mereka yg lemah. Geram, marah, benci memang bersarang di hati kita.

Moga doa-doa kita tak banyak sedikit dpt meringankan apa yg mereka rasa. Yg zalim/kejam moga mendapat pembalasan..

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, Abu Ikhwan... didoakan sihat dalam rahmat Allah SWT.

Ternyata serangan sudah tidak lagi mengenal siapa yang patut diserang sehingga hospital juga menjadi sasarannya. Sangat sedih mengetahui berita ini yang dianggap sudah melampaui batas kemanusiaan.

Mudahan doa kita untuk kesejahteraan dan keamanan yang kita harapkan di bumi Syria akan dikabulkan Allah SWT.

Salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak.

paridah said...

ASSALAM SEMOGA USTAZ N FAMILI SHT SJHTERA ADANYA...
PERGOLAKAN DISYRIA YG SBBKAN KEMATIAN KEROSAKAN, DERITA KEMISKINAN NTAH BILA SELESAINYA...YG BERKKUASA NK KEKALKAN KUASA...YG HNDK MEREBUT KUASA JADIKAN RAKYAT SBG MANGSA..KALAH JADI ABU MENANG JADI ARANG.

Post a Comment