Sahabat Sejati

Wednesday 13 April 2016

Telah lama perpisahan...


Ayahanda,
Telah begitu lama perpisahan kita
37 tahun yang lalu, satu jarak masa yang panjang
Anakanda pula sekira-kira menjengah usia 3 tahun
Tentu hati ini sebak dalam rindu yang menggamit
Kerana tidak sempat mengenali siapa dirimu...

Ayahanda, 
Bicara ini sentiasa dengan kalimah redha-Nya
Apa yang ditaqdirkan pasti ada hikmah kebaikan
Namun, tidak mampu anakanda sembunyikan rindu yang terbenam
Mudah-mudahan dapat jua wajah ayahanda ditatapi depan mata
Di akhirat nanti dengan izin-Nya...

Ayahanda,
Sejahtera buatmu di kelana alam barzakh
Moga doa yang dititipkan menemanimu di sana  
Daripada anak-anak yang mengasihimu... 

3 comments:

saniahibrahim said...

Rupanya ustaz telah yatim sejak kanak2 lagi .Tentunya tak kenal bagaimana wajah ayah kan.
Semoga arwah ditempat kan dikalangan orang beriman...Al fatehah.

Normala Saad said...

Ayah & mak kak pun dah arwah...sampai sekarang tetap masih rindu. Tak habis2 perasaan ni. Tambahan kedua2nya minat menanam & berkebun..bila tengok pokok2 yang kak tanam mesti ingatan tu datang...ini pokok ayah suka...ini bunga mak suka...mmm...sedih

Kakzakie Purvit said...

Masya-Allah... Yatim dari usia 3 tahun lagi kisahnya AI ni. Entah kenapa kelopak mata kakak jadi berair. Mengenang betapa bersyukurnya kakak yg tua ni pun hingga kini masih dpt kasih sayang bapak lagi.

Terus titipkan doa buat allahyarham. Beruntung ada anak yg soleh. Kakak percaya dia aman di sana bersama kalangan para syuhada.

Post a Comment