Sahabat Sejati

Monday, 11 January 2016

'Makan angin' di Kulliah Abu Bakar hari ini..


Alhamdulillah, selesai mendaftar anakanda Ikhwan di Kulliah al-Lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar, Pekan (Kulliah Abu Bakar) hari ini. Penat rasa badan memandu. Jarak perjalanan tidaklah terlalu jauh, lebih kurang seratus kilometer pergi balik. Tetapi badan orang tua bukannya tahan sangat, sana sakit, sini lenguh. Hai, itulah peringatan buat diri. 

Teringat kata-kata Buya Hamka: “Apabila pipi kendur, gigi gugur, uban dirambut mula bertabur, mata nampak kabur, maka ketika itulah seseorang itu nampak uzur…”

Allahu rabbi!

Sekitar jam 8.15 kami sekeluarga tiba di sana. Terus ke kanopi melapor diri sebelum ke kaunter pendaftaran yang dibuka pada jam 8.30. Saya difahamkan oleh Tuan Pengetua sewaktu berbual tadi, seramai 750 pelajar yang akan mendaftar hari ini. 450 orang pelajar perempuan dan selebihnya adalah pelajar lelaki. Sebanyak sepuluh kaunter pendaftaran dibuka untuk memudahkan urusan. Ini sebagai langkah mempercepatkan proses pendaftaran. 

“Kasihan kepada ibu bapa yang datang jauh-jauh, terpaksa menunggu lama”. Katanya. 

Saya memuji persediaan yang dibuat oleh pihak sekolah. Memang cepat, tidak perlu menunggu lama. Susun atur tempat meletak kenderaan pun bagus dan teratur. Syabas pihak pengurusan Kulliah Abu Bakar! 

'sahabatku, johan tilawah peringkat kebangsaan dan antarabangsa 2003'
 
Hari ini juga menjadi hari yang sangat bertuah kerana tidak disangka-sangka saya bertemu dengan seorang sahabat sekampung. Saya kira lebih sepuluh tahun kami tidak bertemu dek kesibukan masing-masing. Sempat meng`update` perkembangan diri masing-masing dalam pertemuan yang tidak disangka dan singkat itu. Sahabat saya, iaitu Ustaz Datuk Ahmad Faizul Ghazali yang pernah menjadi johan qari tilawah peringkat kebangsaan pada tahun 2003. Seterusnya beliau mewakili negara pada tahun yang sama dalam pertandingan tilawah peringkat antarabangsa dan telah terpilih menjadi johan. Saya yang ketika itu menonton di televisyen melompat kegembiraan apabila pengacara pertandingan mengumumkan namanya sebagai pemenang. 

Apa pun, semua anak-anak telah selamat balik ke asrama. Semoga berjaya di dalam pengajian dan kehidupan duhai anak-anakku. Di rumah ini tinggallah ‘kami’ membilang hari-hari yang mendatang. Kamu pandang aku, aku pandang kamu…

6 comments:

paridah said...

ASSALAM...WAH DH TINGGAL BERDUA SETELAH ANAK2 KEMBALI KE PENGAJIAN MASING2 YA...XLAMA LAGI AKAN FULL HOUSE SEMULA DGN ANAK2 YG BERCUTI RAYA CINA...MERIAH SUASANA N KEGEMBIRAAN TERASA KEMBALI..

saniah ibrahim said...

Samalah seperti kakak ,mujor juga ada si bongsu lagi peneman sepi.
Masa2 pendaftaran seperti ini lah kita boleh jumpa seseorang tanpa diduga kan..

Kakzakie Purvit said...

Hihi... bila dah tinggal berdua macam itulah AI. Berbual pun berdua, makan berdua, tonton tv berdua:)
Apa yg diharapkan anak-anak menjadi insan yg punya sahsiah diri yg membahagiakan di dunia dan akhirat.

Oh... kawan AI dah Datuk pun. Kita ni tunggu dpt cuculah baru naik pangkat datuk hihi...

iryanty ismail said...

assalamualaikum...saudara...wah dating berdua cam pengantin baru ye :-))

kakyon said...

as salam..
samalah ky disiang hari berdua kesana kemari.sebelah malam lepas waktu pejabat barulah meriah dgn suara anak sembang dgn kami..

Bunda_nora said...

Assalam.... bila anak2 dah besar panjang ..mula keluar untuk belajar atau bekerja...maka masa tu lah kita akan merasa kesunyian dan rindu.. bila berkumpul kembali... perasaan rindu mulai terubat kembali...

Post a Comment