Sahabat Sejati

Monday, 14 December 2015

Hati-hati teman, pastikan kesahihan sebelum memanjangkannya...

foto hiasan (sumber)

Assalamualaikum ... Satu fakta nombor yang menarik untuk kita fikir-fikirkan:
Adakah kita sedari...??

Acheh - Tsunami 26-12-2004

Jogja - Gempa 26-5-2006

Tasik Jawa Barat - Gempa 26-6-2010

Gunung Merapi - Meletus 26-10-2010

Jambatan Tenggarong Samarinda - Runtuh 26-9-2013

Bulan lalu pada tarikh 26 Okt - Taufan Haiyan diutus Allah SWT untuk menunjukkan kekuasaan-Nya kepada seluruh rakyat Filipina yang telah merobohkan "Rumah-Nya' di Manila untuk digantikan dengan shopping mall!!

Mengapa semua ini berlaku pada tarikh 26hb. Adakah ini satu kebetulan?? Bukalah dan bacalah al-Quran juzuk ke 26, Allah SWT telah berfirman, mafhumnya:

"sedikit waktu lagi Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat."

Biar mereka semua tahu bahawa mu`jizat Allah itu ada!!

Jika sudi...sampaikanlah kepada hamba Allah yang lain...wallahua`lam..

Susunan ayat yang menerjah masuk ke dalam peti henfon saya. Sebenarnya sudah beberapa kali ia dihantar melalui aplikasi whatsapp group. Sekali baca memang nampak satu tazkirah pendek yang 'cantik', mengingatkan kepada semua akan kekuasaan Allah SWT. Ya, Allah SWT Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ia sekali-kali tidak dapat dinafikan. Tetapi tatkala melihat dalil yang dikatakan daripada al-Quran juzuk ke-26, saya terfikir, "mengapa tidak diletakkan sekali nama surah dan nombor ayatnya.    

Kesangsian saya berasas. Apabila menyemak naskah al-Quran, ternyata tiada ayat yang dimaksudkan di dalam juzuk ke-26. Jadi, dari mana pula sumber ambilannya itu. Dalam 'kepeningan' itu, akhirnya seorang teman menghantar kepada saya sumber yang dikatakan berasal daripada juzuk ke-26.  Terkejut juga...

 
'Alkitab, Hagai 2:6 yang memuatkan firman Tuhan'


Di era teknologi di hujung jari ini, memang satu kemudahan untuk menyampaikan kebaikan. Dengan hanya 'share' bermacam-macam maklumat dapat disampaikan. Maka, tidak salah untuk kita turut sama mengambil peluang yang mudah ini. Sekurang-kurangnya ia menjadi saham untuk kita di akhirat nanti. Namun, dalam keghairahan me'copypaste' hadis, artikel, tazkirah dan sebagainya, pastikan dahulu kesahihannya. Bimbang jika kita memanjang sesuatu yang tidak benar. Akhirnya menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai.

Hati-hati teman...

6 comments:

paridah said...

ASSALAM...BETUL KATA USTAZ TU JGN SENANG-SENANG MAIN COPY PASTE SAJA KALAU KITA XYAKIN DGN KEBENARANNYA APALAGI YG MENYANGKUT BAB AGAMA...TKSH PERKONGSIANNYA.

Kakzakie Purvit said...

Hal ini juga sudah menjadi salah satu topik tazkirah di masjid tempat kakak selalu berjemaah AI. Berhati-hatilah. Namun sebagai hamba Allah mengingati kekuasaanNya itu tidak salah tetapi mengaitkan benda yg tidak sohih itulah yg salah..

Sekarang semakin ramai yg berani. Mencipta ayat cantik-cantik dikatakan suroh al-quran dan hadith. Takut kan.. kakak pesan pada anak-anak kakak juga.

saniah ibrahim said...

Kakak pun dah bnyk kali terima post sperti ini tapi ditakuti tak sahih kakak tak berani nk panjang2 kan.

iryanty ahamad said...

assalamualaikum saudara...betul tu saudara..setujusngt2...sebabtu sebelum sebarkan kena selidik betul2

Raihanah Ahmad said...

kena pastikan kesahihan sebelum fwd ya

Fida Z Ein said...

Assalamualaikum...
Saya pun sama juga...kalau tak pasti..saya tak share...tapi baca tetap baca...sebab kalau tak baca tak boleh analisis sejauh mana kesahihannya....

Post a Comment