Sahabat Sejati

Sunday 11 October 2015

Kami juga mahu hidup selesa...

Kami tidak menolak pembangunan, tetapi biarlah pembangunan yang tidak mengabaikan keselesaan hidup. Hendak melombong bauksit, silakan tiada yang membantah. Tetapi biarlah dengan tidak mencemarkan alam sekitar dan mengganggu ketenteraman hidup orang lain.

Sumber: FB dronepahang

##Sekadar berkongsi kesusahan dan kesedihan yang menimpa penduduk setempat. Mudah-mudahan ada sinar cahaya dalam kehidupan mereka, aminn.

Dari An Nu’man bin Basyir, ia berkata bahwa Nabi saw bersabda:

 مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِى تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى  
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka sekujur badan akan merasakan panas dan demam” (HR. Muslim no. 2586).

Allahu al-Muasta` an..

3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Bila ilmu yg ada sekadar duniawi semata inilah salah satu jadinya AI. Tempohari masa abang balik dari UNISZA hantar anak kakak balik belajar, lalu jalan ini kereta kami warna putih dah jadi oren AI. Tak sanggup tengok malam itu terus abang siram air tapi macam kurang berkesan. Esoknya terus hantar ke kedai cuci.

Nampak sangat kita rakyat sering dibuat tak nampak di mata mereka:(

paridah said...

ASSALAM..MENDUKACITAKAN SEKALI KISAH ALAM TERCEMAR GARA BAUXITE NI..THINK TANK PIHAK BERWAJIB YG BIJAKSANA TU BELUM LAGI MENEMUKAN PENYELESAIAN KPD MASALAH NI YA...KALAU MASALAH JEREBU BOLEH DITUDING JARINYA KPD INDONESIA...BAGAIMANA DGN MASALAH YG KITA CIPTA SENDIRI..BARANGKALI KEUNTUNGANNYA TERLALU BESAR BERBNDING DGN KEMUDARATAN RAKYAT SBB TU DIPANDANG ENTENG SAJA KOT...

iryantyismail said...

asalamualaikum saudara..masih belum sattle lagi hal.ni...adoi

Post a Comment