Sahabat Sejati

Tuesday, 6 October 2015

Bicara santai: Alhamdulillah

'menunggu giliran'

Sempat juga menjengah ke pondok kecil abuikhwan. Setelah 3 hari tidak melayari internet, sekaligus tidak dapat berkunjung ke blog sahabat-sahabat. Tentu banyak sekali entry menarik yang saya terlepas untuk membacanya. Sebenarnya bukanlah sibuk sangat, tetapi diuji sedikit dengan masalah kesihatan. Pakej lengkap, demam, batuk dan selsema. Manakala tekak pula terasa kering, perit dan sendi-sendi pula terasa lenguh. Ekoran itu, memaksa saya ke klinik mengambil cuti sakit. Ditambah pula dengan masalah jerebu yang melanda, memburukkan lagi keadaan. 

Alhamdulillah, malam ini terasa mahu mencoret sesuatu. Biarpun ‘mampu’ saya tidaklah sekadar mana, tetapi ‘mahu’ saya telah memungkinkan untuk menekan-nekan butang huruf komputer riba. 

Mengapa ya? Kita diselimuti dengan bermacam-macam kelemahan, sedangkan kita diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Mengapa? Pernahkah kita memikirkan sebabnya? Mari kita lihat firman Allah SWT ini: 

“Allah (sentiasa) hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia dijadikan bersifat lemah.”(an-Nisa’: 28) 

Benar, Allah mahu memberi keringanan kepada kita, maka diciptakan kita dengan banyak kelemahan. Demikianlah, Allah sentiasa bersifat dengan kasih sayang. Dia sentiasa tahu berbuat baik kepada para hamba-Nya. Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan kalimah tahmid, agar sentiasa tergolong di kalangan hamba yang bersyukur.

“Alhamdulillah”

3 comments:

Kakzakie said...

Sesekali Allah beri kita ujian AI
Dengan ujian itulah sebenarnya semakin mendekatkan diri kita padaNya. Kita memang lemah dan dari lemah itulah pergantungan kita padaNya.

Moga terus beransur sembuh. kakak doakan dari jauh.

paridah said...

assalam...moga dh beransur pulih sediakala...baik2 jaga kesihatan diri..bnyk berehat n mkn ubat...ujian Allah apapun tanda kasih syg Allah kpd kita..

iryanty ahamad said...

asalamualaikum saudara...patutlah sepi aje..rupanya saudara diberi ujian...take care saudara...moga cepat sembuh
..insyallah ..amin

Post a Comment