Sahabat Sejati

Wednesday, 9 September 2015

Soal Jawab Fiqh Perubatan bersama Big Boh!


Assalamualaikum. Berita baik kepada semua pencinta ilmu khususnya warga Kuantan!

Big Boh kembali lagi. Bersempena dengan Karnival Farmasi Negeri Pahang 2015, satu program majlis ilmu akan diadakan. Program yang dinamai dengan 'Soaljawab Berkenaan Fiqh Perubatan" yang akan menampilkan murabbi sejuta ummah, al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Manakala saudara Muhammad Hafrizan Hazan, seorang ahli farmasi akan bertindak selaku moderator majlis. 

Program menarik ini akan diadakan pada hari Jumaat, 11 September 2015, masa 5.00 petang. Bertempat di Berjaya Megamall, Kuantan iaitu salah sebuah kompleks membeli-belah yang terbesar di bandar Kuantan. 

Diharap dengan kehadiran al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus di Berjaya Megamall ini berjaya menarik minat semua terutama anak-anak muda untuk sama-sama mendengar pengisian ilmu. Amatlah tepat lokasi kuliah ini diadakan, memandangkan Berjaya Megamall Kuantan adalah di antara salah sebuah pusat membeli-belah yang sentiasa menjadi kunjungan massa bersantai.      

Jom, g kuliah!

3 comments:

paridah said...

assalam...sambil bershopping pun boleh mengutip mutiara ilmu jikalau mahu...jom warga kuantan ramai2 hadiri majlis ilmu ilmuan hebat...

Kakzakie said...

Beruntunglah mereka yg tinggal di sana.
Bunting mesti dah merata dipasang - UAI memang ramai remaja yg suka. Pandai pihak penganjurnya. Serampang dua mata pun dpt juga.

nur amni said...

Bleh jumpe UAI..berjaya megamall tu selalu dgr org sebut2..rasanya byk dlm radio dgr..yang non muslim pun leh dgr skali..lehla dpt hidayah kalau allah izin..hehe

Post a Comment