Sahabat Sejati

Tuesday 1 September 2015

Salam kemerdekaan ke-58 (Edisi terlewat)

'foto hiasan'

Saya asyik menonton peristiwa bersejarah itu melalui youtube. Saya melihat almarhum Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimah merdeka sebanyak tujuh kali. Terpancar kegembiraan pada raut wajah hamba rakyat yang bersama meraikannya di Stadium Merdeka lebih lima dekad yang lalu. Tarikh keramat lagi bersejarah itu pada tanggal 31 Ogos 1957. Kegembiraan mereka menyambut kemerdekaan yang julung-julung kali setelah sekian lama ‘terlena’ di bawah pijakan penjajah.

Tanahair yang tercinta ini telah dijajah sejak awal kurun ke 16 setelah kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Kemudian silih berganti dengan Belanda, British, Jepun dan British semula sehingga ummat kita hampir sahaja kehilangan identiti sebenar. Tidak sedikit yang telah gugur sebagai pejuang demi mempertahankan kedaulatan negara. Mereka semua adalah insan yang sangat berjasa kepada tanahair. Justeru, sebagai golongan pewaris kita perlu mengisi kemerdekaan ini dengan sebaiknya agar pengorbanan mereka tidak disiakan.

Nikmat kemerdekaan

Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kemerdekaan negara kita yang ke 58 pada tahun ini. Seperti tahun-tahun yang lalu, sambutan besar-besaran di seluruh negara. Benar, kita telah berjaya menghalau keluar penjajah daripada negara kita. Ia juga sememangnya kemenangan yang patut diraikan. Namun, saya mahu melihat erti kemerdekaan dari sudut pandang yang lebih luas. Merdeka bukan sekadar menghalau balik penjajah, malahan lebih daripada itu.

Oleh itu, marilah kita semua menghayati dan penuhi kemerdekaan ini dengan erti kemerdekaan yang sebenar menurut kacamata Islam yang bukan hanya membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajah semata-mata. Sebelum merdeka penjajah adalah musuh nombor satu kita. Mereka menjajah agama kita sebelum menjajah kita. Mereka memporak-perandakan urusan agama kita, dan menyuntik jarum ke dalam ruang pemikiran kita sehingga kita ‘rela’ menerima pakai aturan dan undang-undang mereka.

Kemerdekaan yang hakiki

Mari kita menyelak sejenak lembaran sirah yang mulia.

Kemenangan perjuangan Islam yang dipimpin baginda saw dikenali sebagai ‘al-Fath’ iaitu pembukaan kota Makkah daripada kegelapan jahiliah, menggambarkan satu contoh sebuah kemerdekaan sebenar. Sesuai dengan satu ungkapan yang cukup terkenal oleh seorang pahlawan Islam iaitu Rubaei bin Amir apabila ditanya oleh Rustum, panglima perang Parsi. Jawab Rubaei:

“Sesungguhnya kami adalah kaum yang diutuskan oleh Allah untuk membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada menyembah Yang Maha Pencipta. Daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, daripada kekeliruan agama-agama yang ada kepada keadilan Islam.”

Sesungguhnya hanya Islam yang dapat memerdekakan umat dengan kemerdekaan yang hakiki. Kemerdekaan yang bukan sahaja dinikmati oleh umat Islam, bahkan melimpah rahmatnya kepada penganut agama yang lain. Sejarah telah membuktikan kondisi yang berlaku. Lihatlah ketika pembukaan Mesir dan Palestin di zaman khalifah Umar al-Khattab. Golongan bukan Islam menikmati kemerdekaan, keamanan dan keadilan yang tidak dijangkakan, yang tidak pernah mereka kecapi ketika di bawah kekuasaan Rom dan Parsi.

Demikianlah kemerdekaan yang sebenar yang mendapat petunjuk dan keredhaan Allah SWT. Marilah kita kembali kepada Islam yang menjadi penyelesai kepada seluruh kehidupan manusia. Tidakkah kita meyakininya?

"...Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia memperoleh kemenangan..." (Ali-'Imran: 185)

Salam kemerdekaan buat jiwa yang merdeka...

9 comments:

Bunda_nora said...

AsSalam..
Semoga kita dan generasi kita dilindungi Allah..dikurniakan akal dan hati yang cerdik untuk lebih terbuka memerdekakan diri dari unsur negatif dan maksiat...

aamiin..

Kakzakie Purvit said...

Sepatutnya begitulah kemerdekaan yg kita mahu bukan semakin mencemar dan melalaikan kehidupan sehingga apa semua dilanggar tanpa toleh kiri-kanan-depan-belakang. Kakak tengok sekarang duit/kuasa yg menjadi ukuran merdeka seseorg. Sedih AI. Moga kita mampu didik anak-cucu-cicit kita jgn sampai di'sana' kelak kita tak dpt nak jawab. Na'uzubillah..

paridah said...

ASSALAM KEMERDEKAAN YG HAKIKI PERTAHANKAN KEDAULATAN PERTIWI DAN MEMERDEKAKAN DIRI DRPD JAHIL YG MENGUASAI DIRI DLM SEGENAP PERKARA..

iryantyismail said...

asalamualaikum saudara...yan ingat salah masuk blog tadi...huhu..tiba2 masuk blog sejarah.

salam merdeka....

abuikhwan said...

Salam bunda..
Semoga doa dan permohonan kita dimakbulkan..aminn

abuikhwan said...

Salam kakzakie,
macam tulah apa yang boleh kita lihat sekarang. mudah-mudahan Allah SWT memelihara kita dan generasi seterusnya di atas jalan-Nya..aminn

abuikhwan said...

Salam kak paridah,
Kemerdekaan yang hakiki, hmm,..mungkin ramai yang leka untuk memahami..apapun harap generasi akan datang terdidik dengan ilmu agar tidak sentiasa di dalam kegelapan kejahilan..aminn

abuikhwan said...

salam yan,
Tu la...tuan punya blog memang peminat subjek sejarah sejak zaman sekolah sampai la ni...jadi sikit-sikit kena ada la n3 sejarah...hehe

wesley said...

Assalamu'alaikum..,
Kemerdekaan merupakan Anugerah dari Allah yang harus kita syukuri..
Jendela aluminium

Post a Comment