Sahabat Sejati

Tuesday 15 September 2015

Celoteh malam ini 1 Zulhijjah 1436H

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah, kita telah pun memasuki bulan haji. Hari ini tanggal 1 Zulhijjah 1436 hijrah. Dalam bulan ini umat Islam di seluruh dunia akan menyempurnakan ibadat qurban sebagaimana yang telah disyariatkan. Haiwan-haiwan qurban akan disembelih dan dagingnya akan diagih-agihkan kepada setiap penerima. 

Berbicara mengenai qurban, teringat kejadian yang menimpa seorang sahabat kelmarin di India. Kejadian yang tidak disangka-sangka tetapi ada juga lucunya. Sebenarnya sahabat saya itu dan beberapa orang lagi mewakili NGO kami iaitu Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang (YAM Pahang) menguruskan urusan ibadah qurban dan aqiqah di sana. Manakala cawangan negeri lain menguruskan ibadah qurban dan aqiqah di negara lain mengikut pembahagian yang telah dibuat.

Sahabat saya yang 'itu' telah pun pulang ke Malaysia semalam dan sekarang ini berada di hospital. Nantilah saya ceritakan kisahnya dalam entry yang lain. Minggu depan satu lagi kumpulan akan berlepas ke Sri Lanka atas urusan yang sama. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. 

Agak terkejut juga dengan apa yang telah berlaku di Tanah Haram beberapa hari lalu, yang menyebabkan kehilangan nyawa sebahagian besar bakal hujjaj. Sesungguhnya hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui segala rahsia. Mudah-mudahan Allah SWT menempatkan roh mereka yang terkorban bersama dengan para syuhada. Kepada keluarga yang ditinggalkan, semoga Allah SWT mengurniakan sekalung ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya, hanya Dia yang menjadi tempat meminta dan bergantung harap.

Allahu al-Musta`an   

4 comments:

Nora Karim said...

Sesungguhnya semua yang berlaku hanya dalam pengetahuan Allah Yang Maha Agung... Innalillahi wa innailaihirojiun... Sedih dan sayu bila tengok gambar2 tragedi kren tu...

paridah said...

ASSALAM...ZULHIJJAH SUDAH HADIR DGN CERITANYA...TRAGEDI KREN TUMBANG DI MASJIDIL HARAM AMAT MENYAYAT HATI..SETIAP SESUATU YG BERLAKU HANYA ALLAH YG TAHU RAHSIANYA.
SEMOGA BAKTI MURNI YAM DIPERMUDAHKAN ALLAH URUSAN SELESAINYA.

abuikhwan said...

Salam nora,
betul tu, semua yang berlaku di dalam rahsia Allah SWT. Hikmahnya tetap ada dan pasti ia adalah yang terbaik..kerana sifat kasihnya Allah mengatasi kemurkaan-Nya

abuikhwan said...

Salam kak Paridah,
Benar, semuanya milik Allah, yang nyata dan yang tersembunyi. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dilindungi-Nya..

Post a Comment