Sahabat Sejati

Wednesday, 12 August 2015

Bukalah mata duhai yang berkenaan, kasihanilah kami...

'Planet Marikh'

Marikh merupakan planet ke-4 dari matahari dalam Sistem Suria dan dinamakan sempena nama Dewa Peperangan Tamadun Rom (Dewa Peperangan Tamadun Yunani sedarjatnya: Ares) disebabkan warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos. Setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini juga merupakan salah sebuah planet dari 8 planet dalam sistem suria.

Marikh sentiasa mengagumkan penduduk Bumi kerana warna kemerahannya dipenuhi misteri. Marikh hanya mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan hanya 10% jisim Bumi (walau bagaimanapun keluasan daratan Bumi adalah sama dengan keluasan daratan Marikh). Atmosfera Marikh amat nipis dan tekanan atmosferanya hanya 750 Pa (kira-kira 0.75% purata di Bumi). Komposisi atmosfera Marikh adalah 95% karbon dioksida, 3% nitrogen, 1.6% argon dengan sedikit sahaja kandungan oksigen dan air.

Pada tahun 2003, metana telah dikesan dalam atmosfera Marikh oleh teleskop Bumi dan telah disahkan (secara tidak rasmi) pada Mac 2004 oleh prob: Mars Express Orbiter. Kehadiran metana memang aneh disebabkan metana bukannya gas asli serta menunjukkan kemungkinan adanya punca gas tersebut di planet Marikh. Aktiviti gunung berapi, hentaman komet dan kehadiran kehidupan seni (mikroorganisma) seperti metanogen di planet ini masih belum dibuktikan lagi. (Sumber: Wikipedia)

Kuantan Bumi Lestari 

 'Jalan Kuantan - Kemaman berhampiran Kawasan Perindustrian Gebeng (sumber: FB GERAM)'

 'Pelabuhan Kuantan (sumber: FB GERAM)'

Sengaja saya membandingkan gambar planet Marikh dengan bumi lestari Kuantan. Serupa walaupun tak sama. Planet Marikh digelar planet merah, maka bumi lestari Kuantan boleh juga dijoloki dengan panggilan yang sama. 

Walaupun ada nada marah dan tidak berpuashati dengan apa yang berlaku, serta kepada pihak yang bertanggungjawab, namun saya cuba untuk bersangka baik dan mempositifkan fikiran iaitu:

- Pihak yang bertanggungjawab cuba untuk membuat suasana di sini sama seperti di planet Marikh. Untuk pengetahuan semua, perjalanan dari bumi ke planet Marikh memakan masa selama 9 bulan, jadi sekiranya rakyat yang mahu merasai suasana planet Marikh cukuplah dengan datang ke Kuantan. Maka ini akan menjimatkan masa, tanpa perlu menghabiskan masa selama 9 bulan.

- Pihak yang bertanggungjawab sengaja menjadikan bumi lestari Kuantan seperti Marikh. Ini kerana sekiranya ada alien yang mahu menyerang bumi, maka mereka akan keliru kerana ingatkan tersilap 'landing' di Marikh. Oleh itu, bumi akan selamat daripada serangan alien tersebut.

Sekian, terima kasih. 

Demi kelestarian Kuantan dan kesejahteraan penduduk, khususnya penduduk KUANTAN jom sertai

HIMPUNAN GERAM
(GERAKAN RAKYAT HENTIKAN PENCEMARAN BAUKSIT)
22 Ogos 2015 (Sabtu) / 1.00 Petang
Padang MPK 1 Kuantan (Depan Masjid Negeri)

  

4 comments:

Kakzakie said...

Bila sifat haloba menguasai keculasan dan kesilapan bagaikan dipinggirkan. Rakyat marhaen menjerit, berhimpun dipandang bagaikan satu keraian buat mereka. Tunggulah di Padang Mahsyar kelak mahu memohon maaf atas salah-silap kepada beribu-ribu malah berjuta rakyat marhaen tak terlintas di minda agaknya. Sedih bila memikirhal hal begini kan AI. Anak-cucu kita lagilah entah apa akan jadi akhirnya..

paridah said...

ASSALAM...SEDIHKAN...KEPUTUSAN PIHAK BERWAJIB HANYA MENIMBULKAN MASALAH KPD MARHAEN N PERSEKITARAN ALAM...MARIKH MMG BGITU KEJADIAN-NYA LANGSUNG BERBEZA DGN BUMI...SEKIRANYA KEZALIMAN SERING DILAKUKAN AKAN MENGUNDANG PETAKA YG XTERJANGKA DEK KITA..

webctfatimah said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, Abu Ikhwan.... hehehe, ayat perenggan akhir itu - alien keliru - amat lucu dan sinis. Pasti sesiapa yang membaca dengan mata hati akan faham maksudnya. Mudahan bumi kita sentiasa lestari dan selamat buat anak-anak kita akan datang. Hijaukan bumi untuk keindahan jiwa manusia. Salam ukhuwwah dari Sarikei, Sarawak.

iryanty ahamad said...

asalamualaikum saudara...pihak berwajib agaknya terlebih kenyang..sebab tu buat tak endah aje..cuba kalau nak pilihan raya...semut merayap pun dibagi gula...

Post a Comment