Sahabat Sejati

Wednesday, 29 April 2015

Terima kasih Datuk Seri MB...


Siang tadi Datuk Seri MB Pahang telah mengumumkan 5 Mei sebagai cuti peristiwa bagi negeri Pahang bersempena dengan PRK Parlimen Rompin. Alhamdulillah, terima kasih Datuk Seri MB Pahang. Banyak betul cuti pada bulan Mei ini. Walaupun saya bukan penduduk jajahan Parlimen Rompin dan tidak terlibat dengan proses pilihanraya tersebut, tetapi dek kerana warganegeri Pahang maka terkena juga tempias cuti tersebut.

Insya-Allah, anak-anak akan balik dari asrama pada hari esok. Hmm..tentu riuh dan meriah rumah yang selama ini hanya tinggal kami bertiga sahaja. Saya berkira-kira mahu mengambil cuti pada 6 Mei, bolehlah saya bersantai bersama keluarga semahunya nanti.   

1 Mei : Jumaat Hari Pekerja
2 Mei : Sabtu (tak kerja)
3 Mei : Ahad Hari Wesak ( pun tak kerja)
4 Mei : Ganti hari Wesak 3 Mei
5 Mei : Cuti peristiwa
7 Mei : Hari hol negeri Pahang

##Tengah plan nak ke mana, ada cadangan?

2 comments:

paridah said...

assalam bestnya jadi org phg ya...selamat bercuti bersama famili...boleh ronda2 merata ke tempat percutian yg menarik.

iryanty ahamad said...

asalamualaikum saudara...pi berkelah..mandi manda :-))

Post a Comment