Sahabat Sejati

Wednesday, 4 March 2015

Kembara ini..(seorang hamba)

foto hiasan
 
Perjalanan ini mengingatkan aku kepada banyak kenangan. 
Perjalanan ini membawa aku kepada nostalgia yang basah di ingatan.

Kembara ini menyuburkan rindu yang bertapak dalam jiwa. 
Kembara ini memaknakan sebuah kehidupan seorang hamba. 

Dalam rindu ini aku merenung banyak takah-takah kehidupan. 
Dalam rindu ini aku bermuhasabah sibuk mencari bekalan. 

Kadang-kala dalam kesibukan kita berjalan, kita terlupa apa yang mahu kita catatkan. 
Kita melihat dunia ini jauh ke hadapan, tanpa sedar banyak yang telah kita tinggalkan. 

Kita mencari erti di dalam setiap langkah kaki, meng-ertikan abdi di hadapan Ilahi. 
Moga terungkap hakikat diri, mengapa aku didatangkan di dunia ini... 

seorang hamba,
abuikhwan
04 Mac 2013/21:30
Ruang tamu rumahku

2 comments:

iryanty ahamad said...

terkadang terfikir dibenak akal apakah tujuan hidup didunia...adakah hanya mengecapinya atau ada tujuan yang lebih besar sebagai khalifah di muka bumi ALLAH..

paridah said...

assalam....kembara seorang hamba menempuhi apa saja sepanjang perjalanannya, pahit manis semua dirasa, jatuh bangun perkara biasa, beragam takdirnya...kembara pasti diteruskan selagi hayat dikandung badan.

Post a Comment