Sahabat Sejati

Friday, 13 March 2015

Innalillah, kita milik-Nya

Innalillah..

Anak sepupu saya telah menghembuskan nafas yang terakhir petang semalam di HTAA, setelah koma selama tiga hari. Allahyarham telah terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.  Akibat kemalangan tersebut, allahyarham mengalami pendarahan di bahagian kepala.

Sungguh. Ajal, maut dan jodoh pertemuan adalah milik-Nya. Allahyarham dijangka akan melangsung perkahwinan pada hari Ahad ini. Namun, ianya tidak kesampaian kerana taqdir Allah SWT mendahuluinya. Perancangan-Nya adalah perancangan yang hakiki. Dia yang Maha `Alim apakah hikmah yang tersirat. 

Tentunya sebagai hamba yang mengimani hakikat kehidupan dan kematian, menyakini bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah kebaikan. Mungkin pada waktu ini kita tidak mengetahui kebaikan itu. Namun, tatkala tiba masanya ia akan disingkap oleh Allah SWT.    

Mudah-mudahan Allah SWT berkenan menerima segala amal kebaikannya, serta mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan. 

Allahummaghfirlahu warhamhu...

4 comments:

Hanafi Abdullah said...

Al Fatihah..dan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman

iryanty ahamad said...

asalamualaikum saudara..takziah...semoga keluarga arwah terus tabah ..alfatihah

Bunda a.k.a KN said...

Innalillah dan salam takziah buat keluarga arwah...
Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita dikembalikan...

paridah said...

assalam..salam takziah buat ustaz n keluarga..semoga Allahyarham berada di sisi-Nya dgn rahmat n perlindungannya.

Post a Comment