Sahabat Sejati

Thursday 26 March 2015

"Apa, nasi lemak tak ada??" Astaghfirullah...

Semenjak dua menjak ini ia menjadi isu yang hangat dipolemikkan. Boleh dikatakan ramai yang mahu bercakap mengenainya. Tidak cukup dengan orang alim, orang awam pun 'tumpang semangkuk' menambah perisa. Saya maksudkan adalah hukum hudud yang mahu dilaksanakan di negeri Kelantan. Malahan orang bukan Islam pun turut sama memberi komentar, meskipun ada yang tidak tahu hakikat apa yang dinamakan hudud itu. Ada yang menyokong pelaksanaannya, dan ramai juga yang tidak bersetuju aka membantah.

Saya membaca di internet, bermacam-macam alasan yang diberikan untuk menidakkan ia dikuatkuasakan. Ada yang kata tidak sesuailah, belum sampai masanya, ramai yang tidak fahamlah dan 1001 alasan yang keluar, lebih daripada itu hinggakan ada yang membuat video klip yang menyakitkan hati. Selepas itu apabila dikecam dan diancam oleh massa, tahu pula minta maaf dengan memberikan alasan yang direka-reka. Eh, baginda sultan Kelantan sendiri  menyeru dan menitahkan agar undang-undang itu dikuatkuasakan, mengukuhkan pandangan bahawa Kelantan perlu dibenarkan menjalankan undang-undang hudud. Hmm, ketua agama negeri pun bersetuju, apalah kita pula tak setuju.

Rasanya tidak pelik jika yang tidak bersetuju itu dari kalangan orang bukan Islam. Yalah, mereka tidak faham pun berkenaan amalan agama kita. Tetapi pelik juga. kenapa mereka mahu membantah sedangkan hukuman tersebut bukan terkena ke atas batang tubuh mereka pun. Saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Ah, lagi pelik apabila ada dari kalangan orang Islam sendiri yang menolaknya, saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal sekali lagi. Pelik wal aneh. Sepatutnya orang Islam menyokong hukum Islam, barulah betul.
 
Lagipun jika tidak bersalah apa yang mahu ditakutkan. Benar, kamu tidak mencuri, tidak merompak, apa yang mahu digusarkan. Kamu tidak minum arak, tidak berzina, lalu apa yang menjadi kebimbangan kamu. Hudud adalah hukuman untuk orang bersalah, yang tidak bersalah jangan takut! Untuk menjatuhkan sesuatu hukuman hudud bukannya mudah. Banyak faktor yang diambil kira. Bukannya, "Oo..kamu mencuri ye, bak sini tangan tu." Grung.. grang..grung..grang terus dipotong. Bukan begitu. Pergilah mengaji, banyakkan membaca dan bertanya kepada tok-tok guru berkenaan hudud untuk mendapat pencerahan dan lebih memahaminya.

Hudud, asasnya ada di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Maka seorang Muslim tidak boleh menentang hudud yang terdapat di dalam kedua sumber agung tersebut. Bab tidak faham, itu cerita lain. Banyak perkara yang kita tidak faham tetapi boleh pula kita menerima dan melaksanakannya. Contohnya, Lord William Reid yang mengetuai Suruhanjaya Reid yang bertanggungjawab merangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum memperolehi kemerdekaan daripada pihak Britain, berapa kerat yang memahami dan menghafalnya, tetapi boleh pula menerima tanpa dakwa-dakwi.

Saya melihat, disinilah peranan yang perlu dimainkan oleh media perdana. Tentunya ia medium terbaik untuk memberi penerangan tentang pelaksanaan hudud di negeri atau negara ini sebagaimana penerangan yang sama dalam bentuk iklan digunakan untuk mempromosikan GST. Cuba lihat di televisyen, selebriti digunakan dalam usaha mempengaruhi rakyat supaya menerima pelaksanaan GST. Maka kerajaan juga sepatutnya boleh menggunakan kaedah sedemikian dalam isu hudud ini supaya rakyat faham agar tidak timbul salah faham berkaitan hudud.

Bagi saya dengan terlaksananya hukum hudud, akan menyebabkan orang Islam menjadi kuat. Yalah, orang Islam tidak lagi mencuri, merompak, menagih dadah, minum arak, berzina dan sebagainya. Bukankah itu satu kebaikan? Jika ada kekurangan, mohon para mufti, ustaz-ustaz, cendekiawan Islam memberi pandangan dan nasihat untuk penambahbaikan.

Tidak perlulah kita menyindir atau mengeluarkan kata-kata picisan, "hudud Kelantanlah, hudud PASlah, nasi lemak tak ada?? Tak ape hududkan ada!" (sambil mengibar-ngibarkan bendera negeri Kelantan). Astghfirullah, bimbang sangat-sangat, tanpa disedari kita bukan sahaja menghina negeri Kelantan dan rakyatnya. Malah, yang lebih parah kita telah menghina hukum hudud itu sendiri. Tidak rosakkah aqidah dan keimanan kita ini?

Hudud itu benar-benar hukuman pencegahan (nakalan) daripada Allah. Bukan sahaja ia menggentarkan hati-hati manusia tatkala melaksanakannya, cadangan untuk melaksanakannya sahaja sudah mampu menggentarkan hati manusia. Buktinya, lihat senario yang berlaku sekarang ini.

Tepuk dada tanya iman..

6 comments:

paridah said...

ASSALAM...SETUJU SGT DGN N3 USTAZ NI...SEBENARNYA MUDAH SAJA PENGERTIANNYA TU...KALAU XBERILMU N XTAHU APA2 JGN MENZAHIRKANNYA DGN KATA2 N PERLAKUAN YG MENUNJUKAN KEBODOHAN KITA...ELOK SEMBUNYIKANNYA. HUDUD HUKUM ALLAH. ALLAH MAHA TAHU APA YG TERBAIK UTK HAMBA2-NYA.

Kakzakie Purvit said...

Mudah kata mereka yg menolak hukum Allah ini bererti mereka menolak hukum yg tercatat di kitabullah.. Betul kalau tak buat salah mengapa takut dgn hukuman. Nampak sgt perundangan/hukuman dibuat selama ini tak sejajar sebagaimana yg digariskan dlm Islam. Cuba lihat di negara yg melaksanakan hudud adalah jenayah mereka meningkat? Contohnya macam yg kita lihat ketika kita berada di Mekah. Azan aje semua tinggalkan kedai mereka. Tak perlu kunci pun hatta kedai emas sekalipun. Semuanya pergi bersolat. Siapa berani nak mencuri? Itulah indahnya hudud. Kenapa tak nak? Itu tanda masih nak berbuat kejahatan/maksiat/jenayah dan sebagainya.

Kakak sedih bila hukum Allah kian dipersenda begini.

iryantyismail said...

asalamualaikum saudara...betul tu saudara...bila buat sesuatu tak fikir..ini lh jadiny...lebih2 lg si kafir sogok dengan wang ringgit..lagi lah kabur biji mata..sanggup mengadai agama sendiri..

Yaya Mohd said...

as'salam..
hmm hudud..isu yg tgh panas sekrng bila ada org yang mempermainkannya..setuju juga hudud ni harus dilaksankana di Malaysia ni.baru lah 'pencemaran' berkurang..
ALLAHUAKBAR..moga DIA sentiasa melindungi kita..AMIN.

Bunda_nora said...

As Salam,
masaalahnya tu orang bukan islam pun dok sibuk , pada hal tak tahu pun sebenarnya hukum hakam islam ni...yang sedia islam pun ramai lagi yang kurang faham, apa lagi yang bukan islam...

Saniah said...

betul tu,, kalau tak salah wat apa harus takut,, hukum hudud untuk orang yang melakukan kesalah sahaja,, kalau tak salah tak perlu takut akan undang2 islam ni,, jika terlaksananya hukuman ini nanti pasti tiada lagi kes jenayah hudud ni insha Allah,,

Post a Comment