Sahabat Sejati

Wednesday, 18 February 2015

Taubat Pasport Ke Syurga


Wahai insan yang tidak sempurna, bersihkanlah noda yang ada. Mohon hanya pada Yang Berkuasa. Titiskan air mata penyesalan sepenuh jiwa. Menginsafi khilaf diri seikhlas rela. Dunia sekadar pinjaman semata-mata. Tiada yang kekal melainkan DIA. Moga husnul khatimah sebagai pengakhiran hidup kita.

Astaghfirullahalazim… pastikan lisan kita sentiasa dibasahi dengan kalimah ringkas ini. Hikmahnya berupaya menggugurkan sekecil-kecil dosa sehinggalah yang besar, andai bertepatan dengan syarat di samping keinsafan berterusan. Biarpun dosa menggunung, godaan nafsu sukar terbendung, namun rahmat dan kasih sayang Yang Maha Agung… tiada siapa dapat menghitung. 

Taubat Pasport ke Syurga menjadi panduan buat kita yang sering alpa. Tuntutan taubat nasuha menyucikan karat-karat dosa yang meliputi diri kita. Hanya dengan bertaubat, hati akan menjadi tenang dan jiwa kembali ke jalan kebenaran. Moga seikhlas amalan memberi jaminan kita menempah tiket sebagai penghuni syurga yang abadi. Insya-ALLAH… 

Tajuk : Taubat Pasport Ke Syurga
Penulis : Drs Hj Hanafi Mohamed
Penerbit : Alaf 21
Harga: RM11.00
Mukasurat : 200

ANTARA YANG MENARIK: 
Keutamaan Istighfar: 

Kisah-kisah Pengajaran 
Dosa yang Wajib Taubat 
Ruginya Tidak Bertaubat 
Taubat Penyembuh Dosa
Istighfar Para Nabi dan Rasul 
Syarat-syarat Diterima Taubat 
Kesan Dosa Dalam Kehidupan 
Mengapa Kita Wajib Bertaubat? 
Mengapa Kita Melakukan Dosa?

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhan-mu yang telah menciptakan"

3 comments:

Kakzakie said...

Buku yg penuh pengisian buat semua utk dijadikan panduan. Walau kakak tak baca lagi tapi dari petikan topik-topik yg AI berikan kakak dpt rasakan kebaikannya.

Bersyukur andai berpeluang bertaubat sebelum ajal. Sementara ada peluang kena gunakan.

paridah said...

ASSALAM...BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT..INSYA ALLAH...BUKU YG BAIK UTK DIBACA N JADI RUJUKAN...

iryanty ahamad said...

salam saudara..terima kasih info :-)) ..insyallah akan cari di tokoh buku

Post a Comment