Sahabat Sejati

Wednesday 4 February 2015

Nabi-Nabi Allah di Bumi Palestin


"Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk seluruh manusia." (al-Anbiya': 71)

Sesungguhnya Palestin adalah Ardhu al-Hijrah (tanah hijrah), dan juga tempat perlindungan para nabi dan rasul daripada musuh-musuh agama Allah.

Bumi Palestin merupakan saksi terawal para utusan Allah menyebarkan ajaran Islam. Tanah tumpahnya kelahiran agama [Millah] Ibrahim, yang juga menjadi teras ajaran Rasulullah. Kini Nabi Muhammad menjadi penyempurna serta penutup risalah-risalah agama yang diajarkan para nabi dan rasul terdahulu.

Palestin juga menjadi bukti di atas turunnya wahyu-wahyu Allah kepada para nabi dan rasul-Nya, sebagaimana yang tersurat dalam kitab suci agama Samawi, Yahudi, Nasrani dan Islam. Di tanah yang diberkati inilah, disemadikan jasad para nutusan Allah, antaranya ialah; Ibrahim as, Luth as, Ishaq as, Ya’qub as, Yusuf as, Daud as, Sulaiman as, Zakaria as, Yahya as, serta para nabi dan utusan Allah lainnya.

Bermula daripada generasi Ibrahim as, maka lahirlah dua keturunan agung yang dikenali sebagai Bani Israel dan juga Bangsa Arab. Dua keturunan yang saling bermusuhan sehingga membawa kehancuran Negara Palestin sehingga kini.

Bersama-samalah kita membaca serta menghayati perjuangan dan pengorbanan para utusan Allah terdahulu. 

Rasulullah saw mengajar kita supaya sentiasa berdoa untuk mendapatkan rahmat Allah. Baginda mengajarkan doa, "Ya Allah, ampunilah dosaku, berilah Rahmat kepadaku, tunjukkanlah aku jalan yang lurus (baik dan benar), cukupkanlah aku, selamatkan aku daripada penyakit dan musibah, berikanlah kepadaku rezeki yang halal dan tinggikan darjatku." (Riwayat Ibnu Majah)
 
Tajuk : Nabi-Nabi Allah Di Bumi Palestin
Penulis : Abu Marwan
Penerbit : Kemilau Publika Sdn Bhd
Mukasurat : 165
Harga : SM 16.00 / SS 19.00

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhan-mu yang telah menciptakan"

3 comments:

paridah said...

assalam...walau perkongsiannya sedikit namun bermnafat sekali...sekiranya nk tahu dgn lbh lanjut kisah2 anbiya dibumi Pelastin ini eloklah dibaca buku yg dicadangkn utk mnmbh ilmu pengetahuan ya..tq

Kakzakie Purvit said...

Namun bila bumi yg memberi petunjuk dan banyak ilmu kepada umat seluruh dunia kini di injak-injak sesuka hati mereka yg zalim. Apa kemampuan kita yg tak mampu mengangkat senjata selain doa-doa-doa dan beberapa ringgit yg diderma. Sedih:( Tapi janji Allah itu benar yg akan tiba masanya Islam pasti akan bangkit.

Teruskan doa kita.

Kakzakie Purvit said...

Eh... lupa kakak nak cakap pasal buku itu dah:)
Walau pun murah tapi nampak penuh pengisian.

Post a Comment