Sahabat Sejati

Friday, 13 February 2015

Berehatlah wahai murabbi ummah

 (sumber foto: FB)

Jam 9.45 malam tadi, telah berangkat ke rahmatullah Murabbi Ummah yang melakar sejarah agung di negeri Kelantan Darul Naim, Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Tepat 12 Februari 2015 bersamaan tarikh kematian pengasas Ikhwanul Muslimin, Hassan Al-Banna yang ditembak mati pada tarikh 12 Februari 1949. 

Berangkatlah menuju Tuhanmu dengan tenang wahai sang murabbi yang telah melahirkan ribuan kader politik dan dakwah sepanjang hayatnya. 

Allah SWT jua yang menjadi saksi terhadap jasa-jasamu di negeri Kelantan nan bertuah ini. Perjuangan tanpa penat dan lelah membangunkan negeri jolokan 'Serambi Mekah' bersama Islam telah menjadi model pentadbiran di seluruh negara. 

Berehatlah sang murabbi yang dirindui, berehatlah, sehingga tibanya waktu dibangkitkan kembali. Mudah-mudahan bersua lagi di akhirat nanti. Titipan doa dan harapan agar di dalam rahmat Allah jua dirimu dinaungi. Nasihat dan tunjuk ajar dalam bicara dakwahmu tidak sekali-kali dilupai..... 

Al-Fatihah, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (10 Januari 1931 – 12 Februari 2015)

3 comments:

paridah said...

ASSALAM ALFATEHAH..SALAM TAKZIAH...KESEDIHAN2 BERGANDA..

Kakzakie said...

Johor Bahru yg kakak rasa hampir sebulan dilanda panas terik hari ini pun amat suram sebagaimana suramnya kita semua atas pemergian insan yg amat kita hormati ini.

Betul relakan pemergiannya setelah lelah memperjuangkan Islam di negara kita. Apa pun tazkirahnya masih berlegar dimana-mana utk terus dijadikan panduan dlm kehidupan kita semua.

iryanty ahamad said...

al fatihah :'-C

Post a Comment