Sahabat Sejati

Thursday, 11 December 2014

Taman Syurga: Pengajian Kitab Mustika Hadis


Fitrahnya, manusia tidak berilmu dan tidak akan pernah cukup ilmu melainkan apa yang diajar oleh Allah SWT melalui perantaraan Rasul-Nya. Kemudian disambung pula oleh para alim ulama` setelah kewafatan baginda saw.

Ketika jasad masih berteman kesihatan dan lapang masa, maka lembut-lembutkanlah hati untuk berjalan mencari ilmu. Usirlah perasaan malas dan jemu yang mendampingi diri, jika tidak pasti akan menyesal kemudian hari.

Kata cerdik pandai:
"Sebagaimana bumi yang hidup dengan air dari langit, demikianlah hati yang memerlukan wahyu dari langit jua untuk hidup."

Benar, hujan yang turun dari langit Ilahi melembutkan tanah yang keras dan daripadanya tumbuhlah berbagai-bagai tanaman. Justeru, wahyu dari langit akan melembutkan hati-hati yang keras dan menumbuhkan sifat-sifat mengenal Tuhan. 
     
Oleh itu, carilah ilmu biarpun telah lewat usiamu. Kerana jiwa yang sakit itu akan 'menyakitkan' empunya diri. Kerana jiwa yang mati itu akan 'mematikan' empunya jasad.

Jom, semarakkan majlis ilmu!

2 comments:

Kakzakie said...

Itulah sebabnya menuntut ilmu itu wajib ke atas umat Islam. Pergi yg percuma dan mendapat ganjaran pun tak mahu - rugi. Pergi ke tempat yg berbayar dan boleh membawa petaka juga yg jadi tumpuan - sedih. AI nampak tak senario ini di negara kita.

Moga kita mampu pergi ke taman-taman syurga selagi Allah bagi pinjam nyawa yg ada sisa ni. Kalau dekat boleh kakak tumpang sama:)

paridah said...

ASSALAM SENTIASA MEMBACA UNTUK MENCARI ILMU YG PERLU DITUNTUT SBG MUSLIMIN...

Post a Comment