Sahabat Sejati

Thursday, 18 December 2014

Taman Syurga: Kuliah Maghrib al-Fadhil Ustaz Yusof Embong


Assalamualaikum warahmatullah.

Kepada yang berdekatan dan berkelapangan, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri kuliah maghrib yang akan disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Yusof Embong. Seperti biasa, kuliah Ustaz Yusof Embong akan menggunakan alat bantu siaraya untuk memudahkan proses pemahaman dan pencerahan. Kuliah akan diadakan di Masjid Qaryah Balok pada tarikh 18 Disember 2014.

Jom, semarakkan majlis ilmu!

Sabda Rasulullah saw:
“Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu. (Hadis riwayat at-Tirmizi).

1 comments:

Kakzakie said...

Tempat kakak ni pun ada juga tapi yg lagi kami wanita suka Sabtu ini kami jemput Ustazah Isfadiah Dasuki dan pada 27/12 pula Dr. Robiah K Hamzah. Sesekali kami buat utk wanita saja. Selalu kami bersama jemaah lelaki dgn ustaz-ustaz jemputan..

Malam tadi tempat kakak Ustaz Kay (Hj Kamil Hj Sidek). Best!

Post a Comment