Sahabat Sejati

Sunday 7 December 2014

Selamat hari lahir duhai ‘insan istimewa anugerah Tuhan’


07 Disember adalah hari ulangtahun kelahiran Wan Muhammad Imamuddin Haikal. Hari ini genap 9 tahun usia anak ke-4 saya ini. Seperti biasa kami sekeluarga akan membuat sedikit majlis untuk meraikannya. Malahan saya menjadikannya salah satu acara yang wajib bagi semua anak-anak. Bukan sambutan yang mewah, sekadar sederhana, hanya makan-makan kami sekeluarga dan memberi hadiah. Apa yang saya mahukan ialah agar anak-anak merasa dihargai dan disayangi. 

Tentu sahabat tertanya-tanya dengan tajuk entry ini. Apa pula yang menjadi anugerah istimewa itu? Jika sahabat-sahabat perasan, apabila saya menulis mengenai anak saya yang ke-4 ini, saya akan membahasakannya dengan ‘si kecil Haikal’. 

Anak saya yang ke-4 ini memang berbeza dengan kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Kami sekeluarga merasa sungguh bertuah dengan kehadirannya. Sebab itulah saya menggelarnya sebagai anugerah istimewa. Tentunya istimewa dimata dan hati kami sekeluarga. 

Insya-Allah, akan saya coretkan ‘sesuatu’ mengenai anakanda yang bernama Wan Muhammad Imamuddin Haikal ini...insan istimewa anugerah Tuhan. 

Selamat hari lahir anakandaku, semoga sentiasa menjadi penyejuk mata dan hati abi dan ummi serta adik-beradik yang lain. Aminn...

2 comments:

paridah said...

ASSALAM..HAPPY BIRTHDAY WAN AMINUDIN HAIKAL SEMOGA MENJADI ANAK SOLEH DAN BERBAKTI KPD IBUBAPA...PADA KAK SEMUA ANAK2 ANUGERAH ISTIMEWA BUAT KITA...

abuikhwan said...

kak paridah: terima kasih atas kunjungan dan doanya..Wan Muhammad Imamuddin Haikal memang seorang yang istimewa kerana dia adalah...kanak-kanak istimewa (OKU)

Post a Comment