Sahabat Sejati

Wednesday 17 December 2014

Hujan oh hujan...

“Skuad BAIM telah diaktifkan. Kepada semua sukarelawan diminta bersedia untuk menerima arahan selanjutnya.” 

Awal pagi. Mesej yang masuk ke dalam kotak pesanan henfon saya melalui aplikasi wassap group. Di luar hujan masih berguguran dari langit sejak pagi semalam, tetap tidaklah berterusan turun. Sesekali reda juga dalam sejam dua, kemudian turun semula.

Hmm, mungkin sahabat-sahabat tertanya-tanya, apa pula BAIM ni, macam nama orang je? BAIM adalah singkatan kepada skuad Bencana Alam Indera Mahkota. Ia di bawah kendalian sepenuhnya Parlimen Indera Mahkota yang merangkumi Dun Beserah dan Dun Semambu. 

'Disember 2013, salah sebuah rumah mangsa banjir'

Skuad ini telah ditubuhkan sejak 5 tahun lalu khusus untuk membantu mangsa bencana banjir. Para sukarelawan akan dihantar ke tempat-tempat yang dinaiki air untuk memberi bantuan yang sewajarnya. Termasuklah membantu berpindah, mengangkat barang, menyediakan makanan dan sebagainya. Begitu juga bantuan selepas banjir seperti membersihkan rumah-rumah mangsa.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya tidak pernah melepaskan peluang untuk menyertainya sebagai sukarelawan. Keseronokkannya terasa apabila melihat ada goresan senyuman yang terukir pada wajah-wajah mereka yang ditimpa musibah. Puas hati tatkala dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung. Oh, bukan mahu menunjuk-nunjuk amal yang sedikit ini, cuma satu perkongsian pengalaman. Mudah-mudahan ia menjadi galakan kepada sahabat-sahabat yang lain, itu sahaja. Saya sangat menyedari, sebesar debu riyak yang terbit mampu menghangus leburkan pahala yang dikumpul. Wal`yazubillah. 

Teringat banjir pada tahun lalu. Boleh dikatakan banjir yang agak buruk pernah berlaku. Saya mengagak berdasarkan pengalaman. Banyak tempat yang tidak pernah dinaiki air, tiba-tiba ditenggelami air. tahun Termasuklah taman perumahan saya, setelah 7 tahun mendudukinya tetapi pada lepas ia menerima nasib yang sama. Apa pun, setiap yang berlaku pasti ada kebaikan kepada umat manusia. Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya melainkan sentiasa mendahului rahmat-Nya. Tentunya setiap musibah yang menimpa ada hikmah yang tersurat dan tersirat. 

Ketika sedang menaip entry ini, di luar hujan masih turun dengan lebatnya. Harap-harap air tidak naik. Tetapi jika banjir pun, mudah-mudahan diberikan kekuatan untuk menghadapinya dengan berlapang dada. Insya-Allah.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Hujung tahun dgn banjir di negara kita ni dah sinonim sangat kan AI. Kakak tak pernah merasalah di JB ni tapi tengok mangsa dlm tv tu memang kesian. Baca suratkhabar yg kelaparan tunggu bantuan pun sedih.

Baru-baru ini UNIZA pun kena banjir anak kakak yg tak pernah tahu dah merasa. Bila tengok dia whasApp kakak aduhai cuak betul. Tapi syukurlah dah ok dah sekarang. Moga minggu periksa dia (akhir bulan ini hingga awal tahun depan) tak ada banjirlah hendaknya..

paridah said...

assalam sudah bersiap sedia utk mnghadapi bnjir ya, bgtu juga dgn kak pabila hujan turun lebat hati mnjadi cuak bimbng bnjir melanda...namun tetap xmungkir brlaku setiap tahun. kita doakn moga musibah bnjir kali ini xsteruk tahun lalu..

Post a Comment