Sahabat Sejati

Monday 10 November 2014

Cetusan rasa: Kehidupan yang dilewati...

(foto hiasan)

Sesungguhnya semalam telah pun berlalu menjadi sejarah kenang-kenangan, hari ini untuk kita corakkan bahagia atau sengsara dan esok belum tentu kepunyaan kita. Mungkin telah tersurat untuk kita tidak sempat menjengah matahari hari esok. 

Hidup adalah satu pusingan perubahan yang tidak henti-henti. Hidup sebenar ialah hari ini, inilah yang realiti. Namun, kenangan semalam yang menjenguk dijiwa selepas perjalanan masa, itulah yang mematangkan fikiran. Nostalgia itulah yang mengajar erti kehidupan, pengalaman suka duka dan pahit jerih, ukhuwah dan nilai kasih sayang. 

Kehidupan mesti diteruskan. Laluilah ia dengan penuh ketabahan. Sama ada gembira ataupun berduka, hadapilah dengan penuh kesabaran. Semuanya adalah ujian dari Allah SWT untuk melihat penerimaan hamba-Nya. Apakah redha atau tidak. Bukankah ujian Allah SWT adalah dari sifat kasih sayang-Nya?

"Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksa neraka." (al-Baqarah: 201)

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

.... kerana sesungguhnya bila ada ujian dariNya itu tanda Allah nampak dan kasihkan kita. Biar kita rasa ujian itu bagaikan sekapal beratnya yg ditanggung tapi nikmat Allah seluas lautan yg tak bertepi diibaratkan... bandingkan kapal dan lautan luas. Renungkan bersama.

abuikhwan said...

Salam kak, benar sangat. terima kasih kerana komentarnya juga memberikan harapan kepada saya...ujian...kasih-Nya

Post a Comment