Sahabat Sejati

Tuesday 14 October 2014

Kuliah Maghrib - 40 Hadith Penawar Hati


Assalamualaikum warahmatullah. 

Alhamdulillah, kuliah maghrib bulanan kitab 40 Hadith Penawar Hati yang akan disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Afis Ibrahim@UAI Junior, pada 15 Oktober 2014. Kuliah maghrib ini akan diadakan di Surau ar-Rayyan Taman Mutiara Mahkota Indera Mahkota 15. 

Kepada yang berdekatan dan berkelapangan amat dialu-alukan kehadiran untuk sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini. Bagi yang belum pernah ke Surau ar-Rayyan, boleh menggunakan panduan GPS seperti yang tertera pada poster. 

Mengapa digelar UAI Junior? 

Ustaz Afis Ibrahim digelar UAI Junior kerana gaya penyampaian yang sangat mirip dengan Big Boh Ustaz Azhar Idrus. Sementelah lagi mereka berdua berasal dari negeri yang sama, Terengganu Darul Iman. Berkongsi negeri kelahiran, sudah tentu loghat percakapan mereka juga sama. Dengarkan klip video youtube di bawah ini, dan apa komen ada, hampir sama?


 Jom semarakkan majlis ilmu!

2 comments:

paridah said...

assalam...majlis ilmu wajar disemarakan...ustaz2 sekarang ni perlu ada identiti sendiri utk menarik audien menyebarkan ilmu Allah dgn lbh berkesan.

abuikhwan said...

kak paridah: benar. dan yg lebih penting kita mengambil manfaat daripada apa yang disampaikan.

Post a Comment