Sahabat Sejati

Saturday 16 August 2014

Ceramah Agama Perdana & Pelancaran Dana Pembinaan Surau


Jom warga Kuantan! Jangan lupa untuk bersama mendengar Ceramah Agama Perdana yang akan disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Harryanto Rizal Rokman yang merupakan hos rancangan Tanyalah Ustaz & Halaqah di TV9 serta rancangan al-Kuliyyah di TV3.  Ceramah akan diadakan pada 17.08.2014 (Ahad) bermula jam 9.15 malam, bertempat di Padang Bola Taman PSJ Sungai Karang, Kuantan.

Al-Fadhil Ustaz Harryanti Rizal Rokman turut di gelar 'klon Ustaz Ismail Kamus' kerana gaya penyampaian, suara dan kelucuannya juga sangat mirip dengan al-Fadhil Ustaz Ismail Kamus. Jadi, sekurang-kurangnya dapatlah mengubati kerinduan pada gaya ceramah al-Fadhil Ismail Kamus sewaktu muda-muda dahulu.

Ceramah ini juga bertujuan untuk pelancaran dana pembinaan Surau Taman PSJ yang masih lagi memerlukan suntikan sumbangan orang ramai untuk menyiapkannya. Oleh itu, tidak rugi untuk hadir kerana ilmu dapat, pahala menderma pun dapat. InsyaAllah mudah-mudahan ia menjadi amal jariah yang sentiasa mengalir pahala sehingga ke hari kiamat.      

Semarakkan majlis ilmu. Jumpa di sana!

2 comments:

paridah said...

assalam...ustaz ni gaya suara n caranya mirip sekali ustaz ismail kamus n leka mndngar ceramahnya boleh pula menderma utk surau buat bekal kita di sana kelak...

abuikhwan said...

Betul tu kak, masa mula2 dengar dulu ingatkan waris2 ustaz ismail kamus..rupa2nya tidak hehe..ya, sambil mendengar boleh pula menderma sebagai amal jariah...tidak rugi

Post a Comment