Sahabat Sejati

Thursday 24 July 2014

Teringat-ingat, nostalgianya...

Malam ini rasanya mahu berceloteh mengenai iklan raya. Iyalah raya pun dah hampir menjelang. Opss, tentu ada yang menegur, kemaruknya mahu beraya. Sepatutnya sepuluh Ramadhan terakhir ini tumpukan pada amal ibadat, khususnya mencari lailatul Qadar. Betullah tu, tetapi saya sengaja mahu membangkitkan nostalgia yang pernah singgah dalam diri saya. Banyak iklan raya yang menarik dan mempunyai mesej yang tersendiri terutama iklan raya Petronas. Sekarang ini jika mahu menontoh iklan raya sangat mudah. Godek sahaja youtube, anda sudah dapat menontonnya walaupun hari raya setahun lagi. Kalau dulu, kena tunggu keluar dalam televisyen untuk menontonnya. 

Ketika menggodek-godek di youtube, saya tersua dengan iklan raya yang sangat klasik. Lama sungguh saya tidak melihat iklan ini. Seingat saya iklan ini ditayangkan pada tahun 80-an, iaitu ketika saya masih bersekolah rendah. Saya kira sahabat-sahabat yang sedang membesar di tahun 80-an pasti masih teringat dengan iklan ini. Tentu ada sesuatu yang menjadi kenangan. Bagi diri saya, seakan-akan tergambar di ruangan mata suasana di zaman itu...aduh nostalgianya.

Iklan raya Planta (sumber: youtube abangcantik)


Iklan raya EON (sumber: youtube sazfar3)

2 comments:

paridah said...

iklan2 raya dulu sgt menyentuh hati... salam lebaran dik maaf zahir batin...

abuikhwan said...

sangat2 menyentuh rasa..sampai sekarang masih teringat-ingat...selamat hari raya juga buat kak paridah

Post a Comment