Sahabat Sejati

Sunday 16 June 2013

Semoga kita berjumpa 'nanti'

Terpaku seketika di hadapan pusara sepi.
Kusorotkan pandangan menyusuri dua nisan tegak berdiri.
Rimbun kemboja juga setia menemani.
Sedih yang bersulam kubenam jauh di sudut hati.

 'Rindu wajah ayah'

Ayah,
Kesedihanku tidaklah memberi apa-apa makna, kerana yang dikau perlukan hanyalah doa daripada penerus warismu. Saban ketika, tanpa alpa aku memanjatkan bahasa doa agar ia menjadi peneman ketika penantianmu di sana. Mudah-mudahan ketika dibangkitkan pada hari yang dijanjikan, ia menjadi penolakmu ke syurga Ilahi. Aku benar-benar memohon kepada-Nya.

“Ya Allah, ampunilah ibu bapa kami, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka. Uzurkanlah kekurangan-kekurangan mereka. Limpahilah rahmat-Mu di dunia dan redha-Mu di akhirat. Engkaulah sebaik-baik pemberi kasih sayang. Ameen.” 

Ayah,
Meskipun aku tidak dapat membayangkan bagaimana rupa parasmu, kerana pergimu saat usiaku baru bertatih mengenal kehidupan, namun seringkali aku mengharapkan agar dapat melihat wajahmu satu hari nanti. Aku memohon dengan rahmat belas ehsan-Nya, kerna aku benar-benar merinduimu.

Anakmu...
(sempena hari bapa)

2 comments:

||aLeaSaRa|| said...

salam al-fatihah untuk arwah ayah.selamat hari bapa juga untuk sahabat AI.sekurang2nya walaupun tak puas merasai kehangatan pelukan,melihat senyuman dan pandangan redup seorang ayah,darah yang sama mengalir...dapat membantu sahabat mencontohi arwah ayah,dengan menjadi bapa yang lebih baik lagi dari hari ke hari :)

abuikhwan said...

Alhamdulillah, terima kasih sahabat atas ucapan doanya. Mudah-mudahan Allah memakbulkannya

Post a Comment