Sahabat Sejati

Sunday, 20 January 2013

Bicara santai: Aku dan bro `Castello`

Semalam saya sekeluarga pulang kampung isteri. Tiada yang lebih menyeronokkan selain daripada pulang ke kampung. Tidak kisah samada kampung saya atau kampung isteri. Yang paling seronok tentulah anak-anak kerana dapat berjumpa dengan nenek mereka yang sentiasa sabar melayani 1oo1 macam karenah cucu-cucunya.

“Eh, abang... tengok tu ramainya orang depan rumah mak, siap dengan kanopi lagi.” Kata isteri saya sewaktu kami memasuki simpang berhampiran rumah ibunya. Beberapa kanopi tersusun berhampiran rumah mertua saya.

“Ada kenduri ke? Takkan kenduri pun tak bagitau,” saya mengomel di dalam hati.

“Nampak macam penggambaran filem je...” isteri saya membuat andaian setelah melihat deretan kamera filem dengan beberapa orang yang seperti dalam kesibukan.


Saya kebingungan, hendak terus ke halaman rumah mertua atau bagaimana. Bimbang mengganggu kerja-kerja penggambaran yang sedang dilakukan.

“Macamana ni?”

Dalam kebuntuan itu, tiba-tiba Nazri, adik ipar saya datang menghampiri: “Mak ada dirumah Ngah. Abang dengan kakak ke sanalah.” Dia memberitahu. Ngah yang dimaksudkannya ialah adik isteri saya yang kedua. Isteri saya yang sulong, di bawahnya ada lagi tiga orang, semuanya lelaki. Rumah Ngah tidak jauh dari situ, sekira-kira melaung pun boleh mendengar suara.

Daripada Nazri tahulah saya bahawa memang penggambaran filem sedang diadakan. Rumah mertua saya telah dijadikan lokasi penggambaran. Hari ini adalah hari yang pertama penggambaran. Patutlah ramai orang tadi. Orang-orang kampung pun ada yang datang untuk melihat para pelakon yang biasanya hanya dilihat di kaca televisyen.

“Tiga hari diorang sewa dari 9 pagi sampai pukul 12 malam.” Kata Nazri lagi yang memang terkenal dengan banyak cakap ataupun peramah. Ibu mertua saya pula terpaksa berpindah sementara ke rumah Ngah selama penggambaran itu.

“Glamerlah rumah mak nanti,” usik isteri saya kepada emaknya.

“Yelah, aku pulak yang kena pindah,” jawab emaknya pula.

“Ha...ha..ha..” kami ketawa beramai-ramai.

Saya tidaklah terlalu teruja melihat para pelakon yang ada, lagipun saya jarang menonton televisyen. Ada pelakon yang saya tidak kenal dan tidak tahu dia seorang pelakon tatkala ditunjukkan oleh adik ipar saya. Cuma seorang sahaja yang cukup dikenali dan sempat saya berbual dengannya,tetapi saya bukanlah peminat setianya, sekadar ‘gitu-gitu’ sahaja.

Saya teringat filemnya yang pertama saya tonton ialah ‘Gila-Gila Remaja’, kisah sekumpulan anak muda bermotosikal. Gila-Gila Remaja merupakan sebuah filem remaja Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1985. Filem ini telah diarahkan oleh Hussein Abu Hassan dan diterbitkan oleh Shah Film Productions. Saya rasa masa itu ramai anak muda yang kepingin memiliki motor scrambler seperti dalam filem tersebut.

Dialah ‘Bro Castello’.

“Apa yang abang bualkan dengan si Rosyam tadi, nampak mesra sangat...” tanya isteri saya ketika kami sedang berehat sambil makan keropok lekor yang saya beli semasa dalam perjalanan ke sini tadi.

“Ohh...si Rosyam tu ajak berlakon filem dia, tapi abang tak nak takut awak cemburu pulak. Maklumlah jadi hero...” saya menjawab dengan nada bergurau kepada isteri.

“Gatal ye...”

Sap..!

Satu cubitan kasih sayang daripada isteri solehah.

Alhamdulillah.

 Aku dan Bro Castello di halaman rumah.

2 comments:

||Sis aLeaSaRa|| said...

huwaa mana aci jeles2.suka sgt lakonan rosyam nor,suka cr rosyam yg low pfile x suka tonjolkan familynya.wah filem ganster ke apa tu?nnt bthu ye kalau tau tarikh siarannya ^^

#ni lari topik sikit x tw nk tya sapa dh.nk tya skt boleh?ingat x dulu blog AI pernah jumped link ke youtube?mcm mn ye AI unlinked akaun youtube tu,sbb skrg blog AI ok je.ingat lg x cara2 atau blh beri link kwn blogger yg teror tutorial utk kes sy ni;

tiap kali sy cuba 'key in' blog kt google search,blog tu trs jump link ke akaun youtube.sy mmg sign in youtube gunakan emel dan pwords yg sama mcm nk sign in blog.

mmg beri kesan pd kwn nk pergi ke blog sbb sshkan mereka nk klik byk kali br jumped ke blog sy.mcm mn ye nk unlinked youtube ke blog?puas google tp xda yg dpt bantu.tqvm ye shbt AI ^^

abuikhwan said...

I-Allah sahabat saya cuba bantu mana yg termampu...

**kalau x silap filem ni kisah konflik keluarga...

Post a Comment