Sahabat Sejati

Thursday, 13 December 2012

Sekalung Takziah buat keluarga Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah


Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Engku Ibrahim adalah anak kelahiran Besut yang boleh menjadi contoh kepada rakyat negeri itu di perantauan yang berjasa kepada negara dan berjaya menaikkan nama anak Terengganu di perantauan.

Jenazah allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11.00 pagi di Tanah Perkuburan Bukit Kiara hari ini.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Beliau memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun dari 1989 hingga 2011 dan muncul menerusi RTM untuk mengumumkan tarikh penting kepada umat Islam di negara ini seperti berpuasa Ramadhan, Idul Fitri dan Idul Adha.

 *Klip pengisytiharan Aidifitri 1426H/2005M (Sumber)

video
 Teringat-ingat...

0 comments:

Post a Comment