Sahabat Sejati

Friday 24 February 2012

BICARALAH Atas NAMA KASIH



"Kuimpikan rumah tangga...
bahagia dalam sederhana, harmoni dalam ibadat
sejahtera dari keluh kesah.

Walaupun kehidupan bertandang pancaroba
tangan bertaut saling menyokong
salah dan silap dinasihati dengan cinta
kebaikan bukan untuk diri, tapi untuk seluruh ahli di dalamnya

Moga mahligai cinta bersinar indah bukan dek perhiasan mewah,
tapi kerana kasih sayang yang berpandukan ajaran-NYA,
mencambah sakinah, mawaddah wa rahmah..."

Tajuk : BICARALAH Atas NAMA KASIH
Penulis : Noraslina Jusin &
Zaharuddin Abd Rahman
Penerbit : GRUP BUKU KARANGKRAF Sdn Bhd
M/S : 322
Harga : SM 17.00 / SS 20.00

Kebahagiaan... menjadi impian setiap insan lebih-lebih lagi dalam melayari bahtera cinta. Kehadiran suami dan permata hati umpama magnet yang melengkapkan lagi hari-hari dilalui, seterusnya menjadikan hidup dibasahi cinta. Pastinya bukan hanya cinta yang dicari, tetapi titis keredhaan ILAHI.

`Jangan salah didik, jangan silap asuh. Kelak murka ALLAH tak mampu kita tempuh!’ Itulah lakaran warna-warni kehidupan yang digarap oleh Ustaz Zaharuddin bersama `ummi’ tercinta. Pengisiannya adalah untuk mencari kebaikan, saling berusaha mencari kesempurnaan, moga akan terlahirlah mukmin sejati, meraih cinta dan kasih ILAHI.

Antara yang menarik:

• Muhasabah Cinta
• Anugerah Hidayah
• Surat Cinta, Suara Cinta
• Engkau Terbaik Untukku
• Qurratu’ayun... Ayat Cinta Kami
• Seharum Kasihmu
• Antara Dua Cinta
• Pengalaman Iman
• Dari Bicara, Hadir Percaya
• Menyemai Kasih Menyubur Sayang

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan!

0 comments:

Post a Comment