Sahabat Sejati

Monday, 29 August 2011

Salam Aidilfitri 1432H



Assalamualaikum wrm. wbt,

Taqabballahu Minna wa Minkum Solehal A`mal, Kullu`Am wa Antum Bilkhair...
(Semoga Allah menerima amal soleh (ibadatnya) dari kami dan juga kalian, setiap tahun kalian sentiasa di dalam kebaikan...)

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua pengunjung pondok kecil abuikhwan.

Marilah kita semua kembali kepada kebenaran. Kukuhkan semula tautan ukhuwah,jalinkan semula ikatan yang longgar, rebutlah peluang beramal ibadat sementara usia masih tersisa. Sesungguhnya hidup ini tidak akan terduga bila tamat riwayatnya, entahkan sampai bila kita mampu menghirup dan menghembus udara. Kemudian kita akan kembali kepada-Nya.

Justeru, sentiasalah berada di landasan yang diredhai-Nya.

Kami redha Allah sebagai Tuhan kami, Islam sebagai agama kami, Muhammad sebagai Nabi dan Rasul-Nya.

4 comments:

Cik Eliza said...

salam aidilfitri buat kamu juga,

;)

abuikhwan said...

terima kasih....semoga berbahagia selalu

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum Ustaz.

Salam Eidulfitri untuk ustaz sekeluarga~
moga segala amalan baik diterima Allah :)

abuikhwan said...

salam aidilfitri jua buat nazihah dan keluarga. mudah-mudahan kita semua beroleh keampunan dari-Nya...

Post a Comment