Sahabat Sejati

Sunday 8 May 2011

Masuk hutan lagi!

Ahad! Hari untuk berehat, mungkin untuk sesetengah orang. Tetapi bagi saya yang hujung minggu adalah masa untuk melibatkan diri dalam program-program amal, alasan itu hanya tersimpan di dalam hati. Walaupun ada juga rasa mahu berehat di hujung minggu, tetapi kepenatan itu hilang tatkala dapat MEMBERI. Memberi sesuatu yang akan diterima pulangannya di akhirat kelak, insya-Allah.

Seawal jam 9.00 pagi saya bersama beberapa rakan, memulakan perjalanan ke destinasi. Pacuan 4 roda bergerak lancar membelah aspal jalan yang bertampal-tampal. "Mungkin kena pilihanraya dulu baru dibaiki,"hati nakal berkata-kata, tetapi ada benarnya.

Kami sebenarnya mahu mencari tapak perkhemahan yang sesuai untuk program motivasi kepada para pelajar. Program ini dijadualkan pada cuti sekolah akhir bulan Mei nanti. Justeru persediaan dan persiapan mestilah seawalnya.

Saksikan foto-foto yang menceritakan kepenatan kami...


Melintasi anak sungai yang mengalir, sejuk mata memandang. Sejuk lagi kalau dapat berendam dalam sejam dua

"Berangkatlah kamu sama ada dalam keadaan ringan atau berat. Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa kamu. Itulah yang paling baik untuk kamu jika kamu mengetahui." (at-Taubah: 41)


Jangan tiru aksi ini, hanya untuk profesional sahaja. (masa berhenti aje)


Damainya


Tak tahan duduk dalam kenderaan, asyik terhantuk kepala aje. Baik duduk kat depan (masa kenderaan berhenti juga)


Jauh lagi perjalanan masuk ke hutan

"Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu hati mereka dapat memikirkan dan telinga mereka dapat mendengarkan? Maka sesungguhnya bukanlah mata yang buta, tetapi hati di dalam dada." (al-Hajj: 46)


Merenung keindahan alam lantas menerbitkan rasa kekerdilan diri akan kebesaran Pencipta-Nya


Subhanallah!

"Dan Dialah yang telah membentangkan bumi. Dan diciptakan-Nya di bumi itu gunung-ganang dan sungai-sungai. Dan diciptakan-Nya (ditumbuhkan) padanya tumbuh-tumbuhan yang berpasangan. Dan Dia yang mengatur pertukaran malam dan siang. Sesungguhnya yang demikian adalah tanda-tanda (bukti-bukti kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkannya." (ar-Ra`d: 3)


Dah sampai pun

0 comments:

Post a Comment