Sahabat Sejati

Tuesday, 29 March 2011

Sama-sama beringat...

Indahnya masa muda. Ianya percuma tetapi akan ditanya.

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim dari Amru bin Maimun ra. bahawa pada suatu hari Rasulullah saw telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:

“Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda sebelum datangnya hari tua.....”

Masa muda tidak selamanya, tiba masanya usia tua akan bertamu. Setiap detik yang berlalu hanya tinggal kenangan. Masa muda, jika tidak diperguna sebaiknya maka sesalan yang berpanjangan, jika tidak dimanfaat menurut selayaknya, pasti akan meninggalkan sesuatu yang pahit.

Masa tua, apa yang indah padanya? Tenaga pun tidak seberapa. Mata dan telinga sudah berkurang deria. Kaki dan tangan lemah segalanya. Selera makan pun sudah menurun walau dihidang apa sahaja. Sakit sering melanda kerana sudah tiada upaya melawan penyakit. Semuanya amat terbatas. Itulah usia tua.

Masa muda amat berharga, oleh itu mengsia-siakannya seumpama menempah derita dan sengsara. Menyesal kemudian tidak berguna. Masa muda yang dilalui adalah satu amanah, maka ia akan ditanya semula oleh Allah SWT. Kemanakah usia muda itu telah dihabiskan? Beruntunglah jika ianya diguna untuk taat dan ibadat. Namun, bagaimana pula jika maksiat dan dosa yang diperlakukan? Muhasabahlah, agar tidak menyesal kemudian hari.

Sama-sama beringat...

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus." (at-Tin: 4-6)

5 comments:

matadore said...

Awal awal dah sentap :
Indahnya masa muda. Ianya percuma tetapi akan ditanya.

syukran!

||aLeaSaRa|| said...

slm sahabat!kenangan di hospital bulan lepas memberikan 1001 pengalaman yg menginsafkan.melihat pesakit di sebelah nazak dan mngl,melihat pesakit2 yg baru 18 thn terlantar di wad...bila merenung wajah mak dan atok tersyg pula,hati rasa sayu.di waktu kite tua nanti,dimanakah kite?adakah mendapat ksh syg anak2 atau terlantar kesunyian di umah org tua.di masa muda kehidupan penuh dgn dugaan,cabaran,dan kalau tak kuat,itu sebab ramai yg bergelar org muda tersilap lgkh meniti kehidupan.memikul gelaran org muda amat berat hga mengakibatkan ramai yg kecundang akibat maksiat,muflis,dadah dan derhaka pada Allah dll.

NzA said...

ingat mengingat sesama kita...TQ 4 sharing....

Hanis Azla said...

hidup yang sementara perlu dihargai dan digunakan sebaiknya.. entry yg baik utk muhasabah diri.. terima kasih yer..

abuikhwan said...

semoga kita semua sentiasa di dalam kebaikan dan cintakan kebaikan...

Post a Comment