Sahabat Sejati

Sunday, 20 February 2011

Qudwah atau Idola, mana satu pilihan anda?

1.IDOLATRY = Penyembahan berhala
2.IDOLATER = Penyembah berhala; musyrikin
3.IDOLATROUS = (Bersifat) menyembah atau memuja
4.IDOLIZE = (Terlampau) menyanjung.
5.IDOLIZATION = Pemujaan; pendewaan.

Masyarakat kita telah diperkenalkan dengan berbagai-bagai program Realiti TV seperti Mentor, Akademi Fantasia, Pilih Kasih dan juga Malaysian Idol. Manakala di negeri Pahang pula, diadakan program ‘Fiesta Media Idola’ tidak lama dahulu.

Idola…

Idola…

Apa makna sebenar idola?

Mengikut takrifan kamus Oxford (Edisi ketiga 2001), IDOL dalam bahasa Inggeris membawa maksud patung, berhala, pujaan, orang atau benda yang terlampau disanjung. Dari sudut istilah pula idola didefinasikan sebagai menyembah atau memuja tuhan atau menghubungkan sesuatu dengan imej atau gambaran ketuhanan. Manakala istilah diva pula dikaitkan dengan dengan tuhan orang-orang hindu iaitu dewa dan dewata. Dalam konteks penggunaan, perkataan ini lebih sesuai menjurus kepada pemujaan benda, patung atau berhala.

Pada hari ini istilah idola dan diva dihubungkan dengan pendewaan terhadap manusia popular khususnya di kalangan sesetengah remaja seperti artis, pemuzik, pemimpin, ahli sukan, malah ada yang mengaitkan idola itu dengan Nabi Muhammad saw.

Teringat satu dialog dalam sebuah rancangan apabila seorang pelajar IPT ditanya dalam satu majlis ilmu oleh si penceramah “Siapa idola anda?”
“Idola saya ialah Nabi Muhammad, ” balas pelajar tersebut. Allah...

Tidak dapat dinafikan para remaja memiliki naluri meniru, mencontohi , meneladani dan mengkagumi seseorang ataupun sesuatu. Remaja meniru dan meneladani dari seseorang atau sesuatu kerana dengannya boleh menjadikan ia dewasa, matang dan mampu meneruskan tradisi.

Dalam Islam, meniru dan meneladani tidak salah jika ianya sesuatu yang baik dan memberi manfaat. Begitu juga mengkagumi sesuatu yang hebat dan cemerlang boleh membimbing remaja meningkatkan kualiti diri. Seterusnya menjadi remaja yang turut hebat dan cemerlang.

Rasulullah saw sebagai qudwah

Sesungguhnya akhlaq dan Rasulullah saw telah dibentuk oleh Allah SWT menerusi al-Quran, kerana itulah baginda menjadi contoh ikutan terbaik bagi umat manusia. Akhlaknya, peribadi, tutur kata, budi pekerti dan tingkah laku dan sebagainya adalah qudwah dan pengajaran. Namun itu semua tidaklah sampai ke tahap pemujaan atau menyamakan dengan tuhan atau menimbulkan rasa penyembahan yang luar biasa, sebagaimana yang dilakukan oleh penganut kristian terhadap Nabi Isa as. Dan bagi kita umat Islam, tetap beriman dan meyakini bahawa Nabi Isa as adalah salah seorang Rasul dan pesuruh-Nya.

Nabi Muhammad saw adalah manusia seperti kita dan Allah SWT telah menganugerahkan kepadanya kelebihan yang menjadi sumber ikutan dan contoh terbaik bagi semua umat manusia sepanjang zaman. Sebaiknya umat Islam yang amat prihatin dengan aqidah dan iman supaya melazimkan penggunaan konsep qudwah atau model-contoh kerana ia lebih menepati maksud. Qudwah bermaksud contoh ikutan yang ada pada umat manusia iaitu Nabi Muhammad saw. Firman Allah SWT:

“DEMI sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu (qudwah) contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
(al-Ahzab: 21)

Jika engkau tak sempat melihatnya dengan mata kepala,
maka kenalilah sifat-sifatnya.
Inilah dia,
keperibadian dan tabiat-tabiatnya.
Dia manusia sempurna,
bentuk diri dan akhlaqnya,
sesempurna sifat-sifatnya,
sehingga,
tak terhingga keutamaannya.
Itulah, Rasulullah saw.

1 comments:

ayu zan said...

inspired me.

insya allah..

Post a Comment