Sahabat Sejati

Friday, 24 December 2010

Dimana dapat kumiliki kebahagiaan

Pernahkah kita menghitung berapa minitkah kesempatan hidup yang dimiliki setiap hari semalam?
Pernahkah kita memikirkan adakah setiap minit yang dilalui diisi dengan kebaikan atau adakah kita pernah bertanya berapa minitkah yang digunakan untuk menambah amal?

Kadang-kadang tanpa di sedari kita telah membuang percuma dan menyia-nyiakan kesempatan hidup yang amat bererti ini. Kita semua diperuntukkan sebanyak 24 jam tidak kurang dan tidak lebih, tidak ada yang mendapat lebih 25 jam tidak juga yang mendapat 23 jam. Semuanya sama 24 jam, jangka masa yang panjang untuk kita meraih kebahagian dan ketenangan hidup.

Tanpa ketenangan jiwa, manusia akan menghadapi banyak risiko bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti rungsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat berfikir dengan waras.

Mencari kebahagian dan ketenangan

Kebahagian dan ketenangan hidup adalah dambaan setiap manusia. Tidak ada yang menolak kebahagiaan. Jika ditanya apakah mereka mahukan kebahagiaan dan ketenangan , pasti mereka akan menjawab "ya, kami mahukannya, kami benar-benar memerlukannya." tapi bagaimana?

Ada yang beranggapan kebahagiaan hadir apabila mempunyai harta yang banyak, rumah yang besar, pangkat dan kedudukan. Ada yang rasa bahagia jika ada pengaruh dan ramai pengikut. Benarkah demikian? Cuba lihat berapa ramai yang memiliki semua itu tetapi adakah mereka semua bahagia, adakah mereka memiliki ketenangan, belum pasti.

Sesungguhnya kunci kebahagiaan dan ketenangan jiwa adalah dengan menghindari dosa dan maksiat. Bukankah ia termasuk dalam asas kehidupan, disamping kenikmatan dan kebahagiaan? Dengan meninggalkan dosa dan maksiat mereka akan menjadi orang yang beruntung dan bahagia.

“Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.” [Hadith Riwayat Muslim]

Marilah sahabat sekelian kita muhasabah diri, peruntukkan sedikit masa sebelum tidur untuk menyoal diri kita apakah dalam 24 jam hari ini kita telah menunaikan kewajipan yang telah diperintahkan. Jika "ya" alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah. Tetapi jika jawapannya kurang maka mintalah ampun dan bertaubat kepada-Nya. Tingkatkanlah ketaqwaan dan mutu ibadah kerana daripada Dialah kita mendapat sumber kekuatan bagi menghadapi segala sesuatu.

Perhatikanlah firman Allah SWT ini:

"Wahai manusia, telah datang kepadamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa), dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Yunus: 57).

"Dan kami turunkan al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." (al-Isra`: 82)

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (al-Ra‘d: 28)

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah." (al-Zumar: 23)

Sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya.

Anda ada jawapannya?

4 comments:

nUmara... said...

iya, dimanakah kanku temui kebahagiaan?
dgn mengingati ALLAH dan menyebut kalamullah, sgl kesedihan boleh dibiarkan ke tepi.. walaupun ia dtg lagi dan lagi... jgn pernah berputus harap pada ALLAh..
salam blogging! =D

cik cahaya said...

assalamualaikum..na'am..kalau buat maksiat,tak tenang laa hati..tp,bile duk beribadat kepada Allah,rase tenteram..kan??kan??sbb dpt dekat dgn Allah..teruskan berkongsi yer,,,akan selalu dtg sini ..iA..

abuikhwan said...

Semoga kita semua mendapat ketenangan yang hakiki.....hanya dari Dia

||aLeaSaRa|| said...

salam Ahad.Sungguh rugi manusia jika dia berkata "Hidup aku tak pernah tenang,aku cemburukan hidup orang lain,senang,tak susah hati".Cuba bandingkan kehidupan kite di Malaysia berbanding negara Islam yang lain?Sentiasa hidup dalam ketakutan,jiwa tidak henti debaran mendengar bedilan bom,tidak cukup lagikah ketenangan hidup kite selama ini?

Post a Comment