Sahabat Sejati

Sunday 5 December 2010

abuikhwan@Jambori Amal Kebangsaan 2010

Perjalanan hidup, cita-cita adalah menuju kesempurnaan. Namun perjalanan hidup penuh liku-liku.

Bermula jam 6.30 dimulakan dengan doa safar, kenderaan bergerak meninggalkan bumi Kuantan menuju ke negeri Melaka. Ya, siapa yang tidak kenal negeri Melaka yang gah dengan sejarahnya. Sejarah Hang Tuah 5 bersaudara, Bendahara Tun Perak, tinggalan penjajah Potugis dan Belanda serta berbagai lagi. Namun bukan itu yang kami cari tetapi lebih dari itu. Perjalanan yang kami harapkan membuka mata hati.

Melalui jalan Segamat terus ke Gemas, perjalanan diteruskan menuju ke Alor Gajah. Tanpa petunjuk yang jelas, kami berpusing-pusing di Pekan Alor Gajah. Malam semakin larut, kami semakin kehilangan arah. Sesat jalan?

Baru sesat jalan di dunia, bagaimana tanpa petunjuk agama? Tiada nilai kehidupan ini. Sesungguhnya betapa pemurahnya Allah yang mengutuskan para Rasul untuk mengajar manusia, dibekalkan pula al-Quran sebagai panduan sepanjang zaman.

Alhamdulillah, Maahad an-Nuriah ad-Diniyyah, Sungai Udang destinasi yang dicari akhirnya ditemui. Semoga dengan perjalanan ini saya lebih memerhati...

Jam 1.30 pagi di Masjid Tangga Batu Pekan baru tiba dari Kuantan, masih sempat lagi bergambar. Walaupun agak keletihan kerana menempuh perjalanan yang agak jauh namun membahagiakan kerana berada di satu persinggahan yang damai. Daripada Abu Darda` ra. katanya, aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Masjid ialah rumah bagi setiap orang yang bertaqwa, dan bagi sesiapa yang merasakan masjid itu rumahnya, Allah menjaminnya mendapat ketenangan dan rahmat, serta melintasi titian sirat menuju keredhaan Allah di dalam syurga." (Riwayat al-Thabrani dan al-Bazzar, isnadnya adalah hasan)


Majlis ilmu di mana sahaja walaupun seketika. Ilmu adalah cahaya yang menerangi hati. Biarpun alam telah gelap, namun hati-hati orang mukmin terus bersinar terang dengan cahaya iman. Ilmu pengetahuan adalah kawan di waktu sendirian, sahabat di waktu sunyi, petunjuk kepada agama, pendorong ketabahan di saat kekurangan dan kesukaran


Dihadapan masjid Tangga Batu Pekan, menurut siak masjid, ianya bina pada tahun 1920-an. Daripada Abu Hurairah ra. Rasulullah saw bersabda: "Secinta-cinta tempat di dalam sesuatu negeri di sisi Allah SWT ialah masjid-masjidnya, dan sebenci-benci tempat di dalam sesuatu negeri itu di sisi Allah SWT ialah pasar-pasar!" (Riwayat Muslim)


'Hantu' yang sempat diambil gambar... (salah satu cara promosi rumah hantu berhampiran Menara Taming Sari)


Di hadapan Melaka Mall, Dataran Pahlawan. Bersama teman menjelajah Melaka Maju 2010


Bersama teman-teman di perkarangan Maahad an-Nuriah ad-Diniyyah. Saudara Azhan Atan pun ada, datang dari negeri Johor. Beliau merupakan bekas juara Akademi Nasyid TV9 2008, kecacatan tidak menghalang menempa kejayaan. Yang penting usaha dan ikhtiar, selebihnya doa dan tawakkal kepada Allah, resepi kejayaan dunia dan akhirat.


Bersama murabbi, al-Ustaz Kamal Ashaari


Bersama Pak Man, anggota Amal veteran dari Wilayah Persekutuan. Terus beramal selagi hayat dikandung badan, kepada Allah jua kami harapkan balasan, kerana Dia sebaik-baik pemberi balasan


Angin berhembusan menambah kedamaian hati. Dengan tenang kami mengatur langkah perlahan untuk meninggalkan persinggahan damai ini. "Katakanlah! Mengembaralah kamu di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana akibatnya orang-orang yang berdosa" (an-Naml: 69). Berjalan dan memerhati, agar terbuka mata hati.

0 comments:

Post a Comment